Bagi yang hobi bercucuk tanam, mesti tak puas hati kalau tanaman yang diusahakan tak menampakkan hasil, buah tak lebat, nampak kurang subur, tak berbunga dan sebagainya.
Jika dah letak baja masih tak lihat hasilnya mungkin boleh cuba pula buat air penggalak/ air baja daripada campuran minuman probiotik (Yakult) & telur.
Kebaikan air pengalak campuran minuman probiotik & telur
Menghasilkan bunga banyak
Menghasilkan buah manis
Suburkan tanah
Agar buah lebih besar
Bahan-bahan yang diperlukan:
1 botol minuman probiotik (Yakult) 2 biji telur ayam 1 unit botol mineral 500ml kosong
Ads
Cara penyediaan :
1. Campurkan Yakult dan 2 biji telur ayam. 2. Gaulkan campuran tersebut sehingga sebati. 3. Simpan campuran baja di dalam bekas botol mineral. 4. Perap campuran baja 3 – 7 hari. Pastikan botol tidak ditutup terlalu ketat untuk elakkan gas yang terhasil mudah keluar. 5. Selepas 7 hari, air baja boleh digunakan.
Ads
Cara menggunakan
Ads
Tuang 20ml campuran baja ke dalam bekas lain sama ada untuk tujuan semburan atau siram ke tanah.
Campur campuran baja dengan air biasa sebanyak 1 liter – 1.5 liter.
Sembur atau siram larutan baja ke daun dan media tanaman.
Semburan atau siraman larutan baja boleh dilakukan selang 2-3 hari, pada waktu petang.
Geram pulak tengok daun sup ‘giant’ yang dikongsi oleh Cikgu Kebun. Punyalah besar dan gemuk daunnya.
Kalau macam ini punya besar tanam sepokok dua di rumah pun dah ok, lebih dari cukup.
Tapi nak dapatkan hasil pokok begini ada tip dan caranya. Tak lokek berkongsi ilmu Cikgu Kebun (CK) menurunnya tip dan cara yang dipraktikkan.
Walaupun ramai yang suka tanam pokok sup ini tapi ramai yang gagal mengekalkan kesuburannya. Agar pokok daun sup yang ditanam kekal lama dan subur gebu, perkara pertama kena semai dari biji benih.
Selalunya orang akan beli pokok sup di pasar dan tanam semula. Tapi pokok ini tak dapat hidup lama. Akhirnya kita kecewa.
Jadi CK cuba bantu supaya mampu tanam pokok sup ini di rumah dengan jayanya. Ada 9 tip mudah yang perlu dipraktikkan untuk dapat pokok sup yang subur dan gemuk.
1. Pemilihan jenama biji benih – selalunya CK akan guna jenama yang berkualiti supaya peratus tumbuh tinggi. Antara jenama yang selalu CK guna adalah GreenWorld dan Ria Organik
2. Teknik semaian biji benih – CK suka gunakan teknik macam tabur dedak ayam atas medium supaya anak pokok sup tumbuh banyak. Medium semaian yang diguna adalah peatmoss
3. Lokasi semai dan tanam – ada 2 kaedah yang selalu CK buat iaitu semai terus di tempat panas atau semai dan letakkan di tempat redup. Kedua-dua cara ini berjaya jika faham teknik cahaya dan siraman air.
4. Kadar siraman air – semasa semai kena pastikan media semaian sentiasa lembap dan bila tumbuh kekalkan siraman sehari 2 kali.
5. Penjarangan anak pokok – cara ini akan memberi ruang untuk pokok sup besar dan menjadi ‘giant’, pastikan sepasu hanya sepokok sahaja.
6. Pemilihan baja – CK menggunakan 2 jenis baja iaitu Baja wangi serbuk organik dan Baja Liquid Organic Fertilizer(LOF). Tabur baja serbuk 2 minggu sekali. Best baja ni sebab baunya wangi dan siram baja cecair LOF kekerapan seminggu 3 kali.
7. Kawalan serangga dan kulat – selalunya serangga jenis bena putih dan kulat akan rosakkan pokok. Bagi menjaga pokok sup agar tahan lama semburan Cuka Kayu dan Bio Control boleh dibuat seminggu sekali.
8. Medium tanaman – bagi pokok sayur jenis ini CK suka mengunakan campuran tanah merah, sabut kelapa, sekam bakar, sekam mentah dan baja wangi serbuk digaul di dalam medium dengan nisbah 3:2:1:1:1.
9. Pencahayaan – pokok daun sup ini tidak suka cahaya terus jadi bagusnya letak pokok ini bernaung di bawah pokok lain atau di tepi kawasan rumah yang cahaya cerah sahaja.
Insya-Allah inilah teknik mudah yang CK gunakan untuk kaedah penanaman daun sup giant.
Kalau nak belajar cara tanam pokok-pokok ni bagi berjaya subur cantik, macam mana cara pembajaan, kawalan serangga dan teknik tanaman yang betul boleh belajar bersama cikgu kebun di TikTok, Facebook Gardening by Cikgu Kebun dan YouTube channel.
Zaman sekarang transaksi wang boleh dibuat dengan mudah. Semua guna online untuk cepat. Tapi disebabkan nak cepat ini jugalah kita selalu buat kesilapan.
Dah transfer duit baru tersedar nombor akaun yang kita tulis salah. Kita dah silap transfer duit pada orang yang bukan sepatutnya.
Kalau sikit tak mengapa tapi kalau banyak hingga cecah ratus atau ribuan ringgit rugilah. So macam mana nak dapatkan balik duit yang kita silap transfer nih.
Boleh guna cara ini ya.
Sila tuliskan detail nombor akaun bank yang silap, jumlah wang yang dipindahkan, bila dan dimana transaksi dibuat.Ini antara yang perlu ditulis, lengkapkan maklumat lain yang diperlukan, jangan tinggal satu pun.
Terangkan kepada staf bank situasi anda dan minta bantuan mereka untuk mendapatkan kembali wang anda.
Memandangkan kesilapan pemindahan wang itu dibuat oleh anda dan transaksi itu berjaya, pihak bank tidak boleh sewenang sewangnya memasukkan duit itu kembali ke dalam akaun anda tanpa persetujuan pemilik akaun tersebut.
Di sini ada dua kemungkinan sama ada pemilik akaun setujuk untuk memulangkan wang atau pun tidak.
Sekiranya pemilik akaun tadi bersetuju beliau perlu pergi cawangan bank yang digunakan ketika transaksi diterima dan mengisi borang khas. Borang tersebut mungkin berbeza antara bank tapi sesudah ia diproses anda akan dapat kembali wang anda.
Pilihan yang ada adalah dengan membawa perkara ini ke mahkamah. Sekiranya jumlah wang yang dipindahkan ke akaun yang salah itu di bawah RM5 ribu anda perlu mengisi borang tuntutan melalui Small Claim Procedure/ Prosedur Tuntutan Kecil.
Ia dilakukan melalui mahkamah majistret dan hanya boleh dibuat apabila jumlah tuntutan tidak melebihi RM5 ribu. Pihak yang melalui prosedur tuntutan ini tidak perlu menggunakan peguam namun jika mahu menggunakan peguam dari luar mahkamah perkara tersebut dibolehkan.
Untuk tujuan ini anda hanya perlu mengisi borang tuntutan yang boleh diperolehi dari mahkamah majistret.
Namun begitu jika jumlah wang yang silap dipindahkan itu melebihi RM5 ribu, anda tiada cara lain selain menggunakan khidmat peguam dalam usaha mendapatkan kembali wang anda.
Prosedur ini memang bukan mudah berbanding anda memeriksa nombor akaun berkali-kali sebelum membuat pemindahan. Better safe than sorry.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...