Ramai yang tanam pokok kunyit di rumah. Jika tanam dalam pasu dan pokok dah besar, elok juga jika dikeluarkan untuk biakkan supanya dapat lebih dari satu pokok.
Cara untuk biakkan pokok kunyit boleh ikut perkongsian Mohd Amri.
Cara biakkan pokok kunyit
1. Pokok kunyit lama ini bulan tiga yang lepas saya keluarkan dari pasu. Tujuannya tak lain tak bukan untuk biakkan supaya lebih banyak. Rezeki jiran-jiran sekeliling saya kongsikan isi kunyit dan juga daunnya sekali.
2. Seterusnya saya kongsikan cara saya biakkan pokok kunyit kepada beberapa pasu baru. Ambil beberapa batang kunyit yang sudah berakar seperti dalam gambar.
Ads
Daun saya potong. Sebab memang akan layu. Daripada layu macam tu, baik saya guna atau agihkan kepada jiran.
3. Lebihan agihan, terus saya cucukkan ke tanah.
Ads
4. Untuk peringkat awal dalam seminggu hingga ke dua minggu saya tidak beri sebarang baja, hanya siram pokok supaya berkeadaan lembab. Pada hari ke 7, sudah keluar beberapa tunas-tunas baru. Yeah!
4. Pada peringkat ini, saya mula masukkan atau taburkan sahaja dua sudu baja organik dan siram seperti biasa. Baja seperti dalam gambar. Baja ini adalah campuran kompos sawit dan tinja ayam. Sepaket saya dapat RM7 sahaja. Murah dan berkesan untuk semua pokok. Boleh cuba.
Ads
5. Untuk hari-hari berikut, saya hanya siramkan air kosong. Selang seminggu sekali atau dua minggu sekali saya akan taburkan baja organik serta berikan semburan booster.
Setakat ini, inilah perkembangannya. Dah dapat banyak pasu.
Beli mahal-mahal tapi dek tersilap masuk dryer habis tudung tak menjadi. Dah gosok berkali-kali tudung tetap tak on point seperti sebelumnya. Sudahnya tudung kita simpan saja.
Kalau ada yang berdepan masalah sebegini, tudung tak menjadi selepas dikeringkan dalam dyer boleh ikut tip yang dikongsi oleh @effalatif0.
1. Basahkan tudung yang bermasalah, dan perah airnya.
2. Masukkan tudung tadi dalam bahagian freezer. Biar hingga beku.
3. Selepas beku, keluarkan dan cairkan ais. Boleh lalukan pada air.
4. Kedua boleh cuci tudung dan jemur hingga kering. Insya-Allah tudung menjadi semula.
Tengok puding ni pun kita tahu sedap. Bukan anak saja yang teruja nak makan, yang dewasa pun sama.
Puding tutti fruity perkongsian Noor Faezah ini ada tiga filling kiwi, blueberry dan mangga. Selain rupanya yang lawa, warna warni rasanya pun sedap. Sesuai dimakan waktu panas merelit macam sekarang ini.
Bagi yang nak cuba, berikut dikongsi cara membuatnya. Untuk satu adunan ini hasilnya dalam 25-30 bekas.
Cara buat puding tutti fruity
Bahan-bahan
• 10g serbuk agar-agar (warna plain)*
• 1 tin susu cair*
• 3 tin air*
• 1 tin susu full cream*
• 1 tin susu pekat*
• 2 sudu tepung kastard*
• 1 sudu essen vanila*
• 1 cawan gula pasir* (jika suka manis)
• Filling kiwi, blueberry & mangga (boleh beli dekat kedai bahan kek)
Cara membuatnya:
1. Lorekkan filling pada tepi bekas acuan. Cara lorek atau calit boleh rujuk gambar. Calit lebih sikit supaya ada rasa buah.
2. Masukkan semua bahan bertanda (*), masak atas api sederhana hingga mendidih dan sejukkan.
3. Selepas sejuk curah dalam bekas acuan yang telah dilorekkan filling tadi.
4. Biarkan seketika dan boleh simpan dalam peti sejuk. Sedia untuk dimakan selepas sejuk.
Nota: Kalau nak lebih cantik, boleh lorekkan lagi filling pada atas permukaan agar-agar tadi selepas agar-agar keras.
Stok bawang kisar memang sentiasa ada dalam peti ais kebanyakan rumah untuk memudahkan kerja memasak. Cuma kita tak boleh buat dalam jumlah banyak sebab bila lama dalam peti ais, bahan kisar ini naik kulat.
Tapi Norhidayah Mohd Aripin berkongi cara yang dilakukan bagi memastikan stok bahan kisar ini tahan lebih lama. Berbulan-bulan pun masih elok segar.
Cara inilah yang dipraktikkan untuk memudahkan kerja memasak. Apa yang perlu dilakukan adalah kupas, kisar dan bekukan.
Tip bahan kisar kekal segar tempoh lama
Bawang putih, bawang merah, halia, cili semuanya dikisar secara berasingan. Kisar tak perlu lumat menggunakan chopper supaya tak berair.
Kemudian bahan kisar ini dimasukkan dalam acuan ais dan kemudian dibekukan. Selepas beku, letakkan dalam satu bekas. Bila ada masa buat supaya stok bertambah.
Bawang merah dan bawang putih kisar
Bila nak masak ambil ketulan bahan kisar ikut kuantiti yang mahu digunakan saja. Cara ini lebih mudah, jadi yang lain kekal sedari dalam bahagian beku.
Untuk memasak pula sediakan kuali dengan minyak untuk menumis, buka api, tak perlu tunggu minyak panas terus masuk bahan kiub, tumis saja macam biasa.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...