Program TV Pendidikan Bermula Hari Ini, Boleh Minta Anak Tonton Ikut Jadual !

Share

Ramai ibu bapa dah menyuarakan kebimbangan dengan anak-anak yang tidak dapat meneruskan persekolahan bila PKP dilanjutkan lagi sehingga mencecah sebulan.

Memahami perkaraa ini Kementerian Pendidikan (KPM dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah bekerjasama memperkenalkan slot Program TV Pendidikan.

Ia merupakan usaha untuk membolehkan murid mendapat akses kepada bahan pembelajaran melalui platform alternatif selain pembelajaran secara online dalam tempoh PKP ini.

Boleh tonton di saluran ini

Slot program TV Pendidikan ini akan mula bersiaran hari ini Isnin 6 April melalui saluran;

  • TV Okey
  • Saluran 110 myFreeview
  • Saluran 146 Astro & NJOI
  • Laman web myklik.rtm.gov

Waktu siaran : 2 jam sehari
Slot 1 : 9.00 – 10.00 pagi
Slot 2 : 1.00-2.00 petang

Jadual TV Pendidikan

Berikut adalah jadual untuk TV Pendidikan untuk hari ini dan esok. KPM akan mengemas kini jadual TV Pendidikan dari masa ke semasa.

INFO: Jadual TV Pendidikan yang dikongsi di laman sosial oleh ramai netizen sebelum ini adalah tidak sah, sila rujuk laman sosial KPM

untuk maklumat rasmi.

 

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

 

 

IKLAN