Rahsia Buat Ayam Masak Kurma Yang Sedap, Kuah Pekat Likat. Kena Tambah 3 Bahan Ini

Share

Selain sambal, gulai dan rendang, lauk ayam masak kurma juga disukai ramai. Lagi sedap jika kuah kurma ini pekat.

Nak hasilkan ayam kurma yang sedap dengan kuah pekat melekat ini juga ada caranya. Ada bahan yang perlu dimasukkan selain dari rempah dan bahan tumisan biasa.

Rahsianya dikongsi oleh Umie Watie. Menurut beliau cara ini adalah resipi dari ayahnya yang enak juga dicicah dengan roti dan lempeng selain dimakan dengan nasi.

Katanya pastikan ada tiga bahan berikut untuk dapatkan kuah kurma ayam yang pekat iaitu daun bawang, daun ketumbar dan kacang badan yang dikisar lumat.

Bahan rahsia ayam masak kurma kuah pekat likat

Cara membuatnya boleh ikut step by step yang dikongsi oleh Umie Watie.

  1. Bahan-bahan tumisan. Kisarkan bawang merah, bawang putih Dan halia. 4 sekawan jangan dilupakan. Dan paling penting serbuk Kurma.

2. Tumiskan dalam kuali semua bahan tadi.

3. Bila bahan tumis dah wangi dan garing. Masukkan serbuk kurma pilihan hati. Saya guna 1 ½ peket kecil serbuk kurma.

4. Haaaa ini bahan rahsianya. Kisarkan daun bawang, daun ketumbar dan kacang badam. Barulah kurma kita wangi dan pekat melekat dan mantap.

5. Bila bahan tumisan dah naik minyak bubuh bahan rahsia tadi.

6. Gaulkan rata, biar bahan tadi pecah minyak sekali lagi. Masukkan ayam ½ ekor.

7. Kacau rata. Biarkan sekejap untuk kering air ayam tadi kemudian barulah masukkan air. Saya bubuh 2 cawan air lebih kurang.

8. Masukkan pes asam jawa. Kita nak kuah kita masam masam manja saja.

9. Masukkan kentang dan juga lobak merah.

10. Bila ayam, kentang dan lobak dah empuk masukkan santan. Saya bubuh ¼ cawan saja.

11. Masukkan cili hijau, bawang potong dan tomato.

12. Perasakan dengan garam dan gula ikut selera masing-masing ya.

Dah siap! Masak nasi siap-siap.

Selamat mencuba.

Sumber: Umie Watie

IKLAN