Rahsia Buat Tart Nenas Jadi Rangup. Kena Olah & Tambah 2 Bahan Ini

Share

Kuih tart nenas ini memang wajib ada setiap kali raya. Rasanya hampir setiap rumah akan ada kuih ini. Cuma rasa saja berbeza.

Gabungan rasa jem nenas dan juga tar bila bersatu dalam mulut memang sedap. Sebab itu kuih ini ramai peminatnya. Cuma kalau dapat tart yang rangup lagi best.

Nak dapatkan tart yang rangup ini ada olahannya bagi yang nak cuba boleh guna cara yang dikongsi oleh Ahlia Muhammad H.

Menurut penjual kuih tart nenas ini, resipi ini adalah olahan beliau sendiri untuk dapatkan kesan tart yang rangup.

Tart nenas versi rangup

Bahan A
500g margerin/butter
2 sudu besar minyak sapi
1 cawan kecil gula aising
2 biji kuning telur
1 sudu kecik esen vanila

Bahan B
2 cawan kecil tepung jagung
1 cawan kecil tepung kastard
1 cawan kecil tepung beras
4 sudu besar tepung susu full cream
1 sudu besar Empelex (Perangup Biskut)
Tepung gandum cap Rose (tiada sukatan) masukan sikit demi sedikit hingga tak melekat di tangan

Bahan untuk sapuan
3 biji kuning telur
3 sudu besar fresh milk
1 sudu kecik esen vanila
Pewarna kuning lemon

Cara membuat: 

  1. Kacau bagi sebati dengan mixer kelajuan perlahan margerin, minyak sapi dan gula icing.

2. Masukan telur dan esen vanila. Gaul sebati.

3. Seterusnya masukan tepung jagung, tepung kastard, tepung beras, tepung susu full cream. Gaul lagi bagi sebati.

4. Seterusnya masukkan tepung gandum cap Rose Sikit demi sedikit sehingga adunan tak melekat di tangan

5. Kemudian bolehlah terap guna acuan masing masing dan letak jem nenas (boleh beli yang ready made). Sapu dengan bahan sapuan yang disatukan dan dibancuh sebati.

6. Bakar suhu 150 18 – 20 minit, oven saya 25L.

Tip rangup : Kurangkan tepung kastard dan tambah 1 cawan tepung beras + 1 sdb emplex (perangup biskut) seperti dalam resipi di atas.

Selamat mencuba.

Sumber: Ahlia Muhammad H.

 

IKLAN