Rahsia Hasilkan Kuih Pau Yang Cantik Gebu, Bulat Licin Permukaannya. Waktu Kukus Kena Jaga!

Share

Cantik gebu pau yang dihasilkan oleh Rahmah Rosmin. Licin saja permukaannya langsung tiada kedut. Kita juga sebenarnya boleh hasilkan pau sebegini, asalkan tahu rahsianya.

Tak lokek berkongsi caranya, beliau yang juga sebelum ini membuat pau untuk jualan menurunkan tip membuat pau yang cantik, gebu dan licin.

Rahsia buat kuih pau yang gebu & licin

Bahan A

1/2 cawan air suam kuku (boleh tambah jika adunan masih keras)
1 sudu teh yis
1sdb gula kastor
Satukan semua bahan di atas dalam satu bekas kacau dan biarkan berbuih (lebih kurang 5-6 minit)

Bahan B

2 cawan tepung pau / tepung gandum
1 sdb penuh (membukit) shortening
1 sdb susu pekat manis
1 sudu teh baking powder
1sudu teh super cream/apa2 pelembut roti (tak letak pun boleh)
Secubit garam
Satukan semua bahan B di atas, gaul hingga jadi serbuk

Cara membuat

1. Masukkan larutan yis ( bahan A) ke dalam bahan B. Gaul rata dan uli, tambah air sedikit demi sedikit sekiranya doh masih keras (doh jangan keras dan jangan lembik)

2. Uli doh hingga sebati dan licin. Tutup doh & rehatkan sekejap dalam 5-10 minit.

3. Kemudian buat bulat ikut saiz yang disukai.

4. Ambil satu adunan masukkan inti dan letak atas kertas minyak, perap hingga naik lebih kurang 25 – 30 min (bergantung pada keadaan).

5. Kukus 7 hingga 8 minit.
Tip waktu mengukus: Sebelum kukus balut penutup kukusan untuk menggelakkan air menitis agar hasil pau gebu cantik. Selain itu elak juga kukus dalam tempoh yang lama kerana pau akan berkedut, tak licin.

INFO: Sukatan guna cawan & sudu metrik

Hasilnya

Selamat mencuba.

Sumber: Rahmah Rosmin

IKLAN