Rahsia Masak Pulut Sedap, Tanak Guna Air Kelapa Muda. Masak Guna Rice Cooker Saja

Share

Hidangan pulut memang kesukaan ramai. Pulut cicah kelapa dan ikan masin, pulut durian dan macam macam lagi lah. Boleh buat makan waktu pagi atau hidangan petang.

Tapi ramai juga yang belum mahir hasilkan pulut apatah lagi yang sedap. Nak masak pulut ini sebenarnya mudah saja dan jika nak pulut sedap ada tip yang boleh kita praktikkan.

Caranya dikongsi oleh Khadijah Jaafar. Menurut beliau untuk dapatkan rasa pulut yang sedap kena tanak guna air kelapa.

Rahsia tanak pulut sedap, guna air kelapa

Tanak pulut guna air kelapa muda, rahsia pulut sedap. Cara masak pun mudah guna rice cooker. Paling penting, tetap lembut & sedap. Pulut pun tak jadi berkerak. Sungguh enak dinikmati bersama ikan masin & kelapa parut. Jom cuba!

Bahan-bahan
2 cawan beras pulut susu
2 cawan air kelapa muda

Cara masak

  1. Sukat 2 cawan beras pulut.

2. Basuh beras pulut hingga bersih.

3. Masukkan air kelapa. Kemudian, masaklah pulut seperti biasa dalam rice cooker. Jika mahu rasa sedikit masin, masukkan garam.

4. Bila pulut dah masak. Biarkan seketika ‘keep warm’ & siap. Sedap dimakan dengan kelapa parut & ikan masin.

Selamat mencuba!

Sumber: Khadijah Jaafar

Artikel berkait: Buat sendiri Jeruk Ikan Masin Tenggiri. Nak lagi sedap peram dalam bekas ini

IKLAN