Ramai Kagum Fatimah & Ali Bijak Bercakap, Dua Teknik Yang Dipraktik Ibu Bapa Mereka Boleh Kita Tiru

Share

 

 

Walaupun dilahirkan dan tinggal nun jauh di United Kingdom tapi kebolehan dua anak kecil ini berbicara terutama dalam dialek Kelantan membuatkan ramai yang kagum

Malah Fatimah dan adiknya Ali ini juga dilihat bijak melontarkan idea malah salah satunya pernah trending di Malaysia iaitu #gapoever.

Artikel berkaitan: Fatimah Kembali Viral Dengan ‘Gapoever’

Tak dapat dinafikan hasil didikan ibu bapalah yang menjadikan mereka bijak. Tidak pernah melihat penampilan kedua ibu bapa Fatimah dan Ali namun keduanya tidak lokek berkongsi tip yang mereka amalkan.

Tip ini dikongsi oleh ibu kepada anak-anak ini dalam satu entri yang dimuat naik dalam instagram @Thefamily.uk yang dikelolakan (lihat terjemahan di bahagian bawah entri).

2 teknik yang mereka praktikkan pada anak

Hanya ada satu rahsia bagaimana kami galakkan anak bercakap dengan penuh yakin – menghargai idea mereka. Kami amat menghargai idea anak-anak kami kerana ia tulen, segar dan sangat berharga.

Mereka sangat bermakna malah tiada apa yang dapat menambah nilai mereka.

Tak tolak idea anak

Kami tidak pernah menolak idea anak-anak kerana ia akan membantutkan kreativiti dan menghalang pemikiran mereka. Apa yang kami buat sebaliknya adalah berbincang dan bertanya soalan untuk mengalakkan mereka berfikir. Inilah yang akan mengalirkan kreativiti dan merangsang pemikiran mereka.

Jangan merendahkan idea atau pemikiran anak-anak kerana kita tak boleh menjangka kebolehan mereka dan mereka boleh mengejutkan kita.

Sesi percakapan yang kami rakam mungkin nampak lucu tapi jika kita mengambilnya secara serius kita akan lihat ada banyak perkara yang kita boleh belajar daripada mereka.

Kadang-kala ada kata-kata anak yang tidak logik tapi akhirnya pasti ada penjelasan. Hanya kerana kita tak faham, tak bermakna idea mereka tiada nilai. Mereka hanya memberi penjelasan tapi dalam cara mereka.

Yang penting bukan bahasa tapi idea

Satu lagi perkara penting untuk diambil kira adalah bahasa. Memandangkan kami mempunyai latar belakang keluarga campuran, anak-anak kami terdedah kepada beberapa bahasa. Tapi kami tak pernah memaksa mereka bercakap dalam satu-satu bahasa.

Sebaliknya kami biarkan mereka bercakap dalam bahasa yang mereka suka kerana pada kami bukan bahasa itu yang utama tapi idea mereka.

Kami tak kisah pun jika anak-anak kami tak bercakap dalam slang British atau Amerika seperti yang anda lihat dalam TV, dan kami juga tak malu jika mereka bercakap dalam bahasa Melayu yang tunggang langgang atau bercakap dalam dialek kelantan.

Mereka ada sepanjang hayat mereka untuk mempelajari pelbagai bahasa. Tapi sekiranya kita tak menggalakkan mereka bercakap pada awal usia, ia akan hilang.

Kita mungkin dilahirkan petah berbicara tapi tanpa idea kita tetap tidak boleh bercakap. Kita mungkin ada kemahiran menulis tapi tanpa idea kita takkan dapat menulis. Kita juga mungkin ada kelebihan memasak tapi tanpa idea kita takkan mampu memasak.

Yang benar,

Ibu kepada tiga anak yang berkongsi melalui pengalaman

Sumber: thefamily.uk

 

 

IKLAN