Ramai Tak Tahu Rupanya Pemetik Api Dapur Gas Guna Bateri. Kalau Api Tak Keluar Cuba Tukar Bateri Dulu

Share

 

Ramai yang guna dapur gas jenis kaca di rumah. Walau dah lama pakai tapi mungkin juga tak perasan ia sebenarnya didatangkan dengan pemetik api menggunakan bateri.

Ada masa akan berlaku masalah pemetik apinya tak berfungsi, petik-petik api tak keluar. Waktu itu mulalah kita fikir nak beli dapur baru, ataupun beli pistol pemetik api, sedangkan yang perlu dilakukan cuma tukar baterinya saja.

Info ini dikongsi oleh Zulkefley Abu Bakar.

Dapur ni kadang-kadang kita tak perasan ada bateri kat bawah untuk pemetik apinya.

Bila datang masalah pemetik api tak berfungsi terus dalam kepala nak beli baru.

Boleh cuba tukar baterinya dulu kalau pemetik api tak berfungsi. Senang saja,jenguk bawah dapur cari penutup bateri buka dan tukar yang baru.

Selesai masalah.

Sumber: Zulkefley Abu Bakar

IKLAN