Raya Tahun Lepas Ada 104 Persalinan, Tahun Ini Che Ta Pilih Bersederhana. Sedia 20 Pasang Baju Saja!

Share

 

 

Setiap kali raya penampilan pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta ini memang jadi perhatian. Ramai yang nak tahu berapa ratus pasang baju raya akan disediakan oleh isteri Zain Saidin ini.

Kalau tahun lepas ada yang mengecam kerana melaram dengan 104 pasang baju tajaan Butik Minaz, tahun ini  Che Ta memilih untuk bersederhana.

Artikel berkait: Melaram dengan 104 pasang baju raya, sebelum dikecam Che Ta jelaskan kenapa

Percaya tak tahun ini beliau hanya menyediakan 20 persalinan begitu juga dengan semua ahli keluarganya.

Pun begitu keterujaannya untuk menyambut raya tetap sama malah dia sudah menggosok semua baju raya kerana tak sabar untuk meraikannya.

“Dah tak sabaq nak melaram! Tengok baju raya tu rasa dah dekat nak raya. Tapi tahun ini jumlah baju raya kami sekeluarga 20 pasang sahaja tak seperti tahun lepas. Baju semua dah siap malah baju Melayu anak dan suami saya dah siap pasangkan butang supaya senang,”ujarnya.

Kita pun tak sabar juga nak tengok baju Che Ta nanti kan. Sementara itu layan lah dulu gambar mak Aaisyah Dhia Rana yang tak pernah tak cantik.

 

Sumber: Mstar Online &rozitachewan1

 

IKLAN