Lagi beberapa hari kita akan menyambut Aidifitri. Kalau nak buat kuih raya dalam masa yang singkat ini kenalah cari kuih yang senang nak dibuat. Salah satu yang boleh kita cuba rempeyek moden guna kulit popia!
Perkongsian Shai Anne Ahemed boleh jadi kuih raya atau kudapan kita saja. Senang tapi sedap. Potong kulit popia, tabur bahan kemudian goreng. Dah siap.
Rempeyek moden
Kulit popia (apa apa brand pun boleh) Kacang tanah (sangai dulu) Ikan bilis Sedikit tepung gandum dan air (bancuh untuk pastikan kacang, bilis tak tanggal masa menggoreng) Jintan manis dan jintan putih (kisar sekali)
Cara membuat
1. Potong kulit popia (potong 4)
2. Letakkan bancuhan tepung dan air pada kulit popia yang sudah dipotong
Ads
3. Kemudian tabur kacang, bilis dan juga jintan.
4. Panaskan minyak dalam kuali kemudian goreng hingga kekuningan.
Kebelakangan ini ramai yang mula berminat tanam pokok keladi hiasan di rumah. Tambah pula bila mengetahui harganya boleh mencecah ribuan ringgit.
Harga keladi hiasan ini jadi begitu tinggi harganya jika bentuknya unik dan dan saiznya besar seperti spesis monstera ini.
Bagi yang baru berjinak-jinak dengan hobi menanam pokok keladi tip berikut boleh dijadikan panduan supaya pokok keladi hiasan yang ditanam hidup subur dan lebat daunnya.
Pokok keladi sesuai di tanam atau diletakkan di tempat yang terlindung daripada sinaran matahari terus pada pokok. Pancaran matahari yang terik boleh menyebabkan daun keladi mudah lecur jika terdedah kepada cahaya matahari secara berterusan.
Disebabkan pokok keladi sangat sensitif kepada kepanasan dan cahaya matahari yang terus, ia memerlukan siraman yang kerap dan juga baja yang mencukupi. Pastikan tanah sentiasa lembap. Dalam masa yang sama pastikan air tidak bertakung dan tanah tidak kering.
Sebaiknya siram 2 kali sehari jika cuaca panas. Boleh gunakan baja kimia untuk pertumbuhan daun yang lebat. Pastikan tabur baja jauh sikit daripada batang dan daun untuk elakkan lecur pada bahagian tersebut.
Cara Tanam/Pembiakan
1. Pokok keladi mempunyai akar besar atau yang berisi dipanggil ubi. Pastikan ambil sekali dengan akar dan ubinya untuk tanam. Buat lubang tak perlu dalam sangat supaya sistem akar lebih mudah hidup terbentuk.
2. Pokok keladi hiasan akan nampak lebih cantik di tanam dalam pasu. Jika dibiarkan tanam atas tanah ia akan hidup bersepah dan tak tersusun. Susah untuk kita uruskan.
3. Pokok keladi memang cantik dengan daunnya yang lebar. Tapi awas, ada jenis pokok keladi yang beracun iaitu getah yang keluar dari bahagian batang, daun dan isinya. Jadi, bila potong kena berhati hati supaya tidak terkena getah.
Getah keladi kalau terkena pada kulit boleh menyebabkan gatal-gatal. Jika ada anak kecil pastikan letak pokok keladi di tempat yang sukar dicapai anak-anak atau letakkan jauh dari tempat laluan.
Jika terasa panas kurang segar, panas akibat cuaca selain air kelapa, air barli juga membantu memberi kesegaran. Tapi tak perlu tunggu tubuh rasa begini untuk minum air barli sebab air barli memang minuman yang banyak memberi manfaat kepada kesihatan. Ia boleh dijadikan minuman harian juga.
Malah air barli ini juga antara rawatan tradisi untuk mereka yang mengalami masalah kencing kotor atau kencing tak lawas. Bagi yang mengalami keadaan ini bolehlah buat sendiri air barli ini. Sedap dan bermanfaat. Caranya dikongsi Azrina Ein.
Panas-panas rasa segar saja air barli homemade. Air ni juga bagus untuk mereka yang ada masalah kencing kotor dan kencing tak lawas.
Bahan-bahan
Barli
Gula kundur
Kismis
Gula batu
Daun pandan
1. Menstabilkan tekanan darah tinggi kerana barli sarat dengan kandungan kalium, kalsium dan magnesium yang boleh membantu mengawal masalah itu.
2. Melegakan perut dan ia membantu merangsang proses pengeluaran sisa makanan melalui salur pencernaan dan penghadaman ekoran ia mengandungi kandungan serat yang sangat tinggi.
3. Minimumkan risiko sakit jantung kerana bijian ini kaya dengan niasin yang merupakan subjenis vitamin B di mana ia akan mengurangkan jumlah kolesterol jahat atau LDL.
4. Sesuai untuk yang berdiet kerana bijian ini paling rendah kalori namun boleh membuat individu kenyang lebih lama. Kesannya, anda tidak akan makan pada kadar lebih banyak.
Ikan cencaru sumbat atau belah belakang memang hidangan tengah hari yang menyelerakan. Tambah dengan sayur goreng dah lengkap menu.
Tapi bila buat ikan ini biasanya waktu menggoreng isi atau sambalnya akan terburai menyebabkan minyak dan ikan jadi sedikit kehitaman dek sambal hangus.
Rupanya ada lagi satu cara untuk buat ikan sumbat yang confirm takkan terjadi masalah sambal terkeluar. Sebaliknya sambal elok terletak dalam ikan yang dibelah.
Ikan cencaru – dibersih dan dibelah belakang
Cili kisar
Bawang putih – ditumbuk
Serai – ditumbuk halus atau blend
Asam jawa -bancuh dengan sedikit air
Garam
Gula (bukan untuk manis tapi untuk seimbangkan dengan asam)
Cara membuat:
2. Kemudian goreng ikan cencaru yang sudah dibelah belakang.
3. Dah siap goreng, sumbat sambal yang dah siap dimasak tadi dalam ikan cencaru goreng tadi. Siap boleh terus boleh makan.
TIP
Jika sambal menggunakan kelapa dan mahu goreng sekali dengan ikan letakkan putih telur pada sambal yang siap disumbat dalam ikan. Kemudian goreng.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...