Makan

Resepi Buat Sos Bawang Putih Yang Sama Sedap Macam Kedai Pak Arab

Share

Sos bawang putih ini memang kena ada kalau makan shawarma dan kena letak lebih supaya lagi sedap. Nak cicah dengan ayam atau daging bakar boleh enak juga.

Selalu jumpa di kedai makanan Arab, sos bawang putih ini juga boleh kita buat sendiri malah boleh jadi pengganti mayones. Rasanya memang sedap, lemak masam dan wangi bawang putih.

Cara buat sos bawang putih yang sedap

Cara membuat sos bawang putih ini dikongsi oleh Afiqah Hairi. Rasanya 99.99% sama dengan sos bawang puti yang ada di kedai Pak Arab. Bahan pun senang saja.

Sejak aku tahu buat sendiri sos bawang putih atau garlic sauce ini dah tak beli mayones. Peminat nasi arab mesti tau kesedapan garlic sauce ini macam mana.

Ini yang dibuat sendiri, tekstur sama macam mayones. Rasanya pun 99.99% sama macm garlic sos kat kedai Pak Arab. Sedap dimakan dengan roti, ayam, nasi, shawarma. Senang cakap garlic sauce ini lagi sedap dari mayones.

Bahan-bahan:

4 ulas bawang putih
1 bijik telur
2 sudu besar cuka
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 cawan minyak jagung (masukkan sikit demi sedikit)

Cara membuat:
  1. Satukan semua bahan di dalam pengisar dan kisar.

2. Kisar lama baru dapat tekstur macam mayones.

3. Kalau nak buat stok gandakansaja nisbah bahan. Simpan dalam peti ais boleh tahan 3 bulan.

Kredit : Afiqah Hairi

IKLAN