Resipi Buat Susu Pisang, Asli Tak Guna Perisa. Senang Sangat!

Share

 

Susu pisang ni memang sedap. Sekali minum confirm nak lagi. Tapi kalau beli di pasaran mungkin ada yang letak perisa saja. Mahal pun boleh tahan.

So lebih baiklah kita buat sendiri sebab nak hasilkan susu pisang ini punyalah senang. Cuma ada beberapa langkah saja. Boleh ikut resipi yang dikongsi oleh AJ Idris.

Bahan-bahan

  • Sebiji pisang (nak sedap guna pisang berangan)
  • 1 gelas susu penuh krim/ low fat/ susu segar
  • 1 sudu kecil gula/madu

Cara buat:

1. Blend pisang hingga hancur kemudian kacau dalam gelas berisi susu. Nak kisar sekali dengan susu pun boleh.

2. Kemudian tambah gula atau madu untuk rasa manis. Dah siap!

TIP

  • Kalau nak lagi sedap boleh juga kisar semua bahan tadi dengan air batu.
  • Minum waktu pagi boleh kenyang sampai tengah hari.
  • Boleh buat untuk anak tak suka minum susu biasa.

Sumber: AJ Idris

IKLAN