Bagi yang mahu mudahkan rutin seharian atau tak cukup masa untuk mengemas rumah boleh guna konsep minimalis ini. Lagi elok kita ikut cara Susun Atur Sioca ini, memang mudahkan kehidupan.
Kalau lihat kediamannya memang kosong kerana prinsipnya, tiada fungsi tak beli. Jika terbeli let go. Malah dek kerana prinsip ini juga dapur pun nampak kosong. Tapi pegangan ini memang mudahkan kehidupan malah menjimatkan. Boleh lihat perkongsian beliau ini.
Tiada fungsi tak beli, terbeli let go
Rumah saya ada empat bilik dan satu airwell. Saya bahagikan ikut bilik utama, bilik anak, bilik baju, bilik buku dan ruang dobi.
Bilik tidur hanya ada katil sahaja. Tak ada barang lain. Almari baju pun tak ada. Baju semua di’one-stop-centre’kan di bilik baju. Side table juga tak ada.
Bilik anak-anak juga begitu. Hanya ada katil. Meja belajar, buku-buku semua di’one-stop-centre’kan di bilik buku. Kalau nak belajar, kami akan berkumpul setempat dan bawa semua keperluan belajar, dah sudah, letak balik di bilik buku.
Ads
Bilik baju saya gunakan konsep baju tergantung. Dah bertahun guna konsep ni. Konsep ini sangat membantu menjimatkan masa para ibu dan isteri. Langkah dia semudah masuk baju dalam mesin, sidai guna hanger, angkut hanger ke tempat masing-masing di bilik baju, selesai!
Pakaian kecil-kecil masuk je dalam kotak tapi pastikan satu jenis satu ‘rumah’. Kain pelikat, kain batik, tuala tu kena lipat tapi easy peasy ja tu.
Bilik buku pula ada rak buku dan meja belajar. Itu sahaja. Nak bagi kemas, tersusun, efektif, sentiasa gunakan konsep SETIAP BARANG ADA ‘RUMAH’ SENDIRI. Jangan sekali-kali campur aduk bila kemas.
Ads
Ruang dobi saya letakkan di airwell rumah. Dia sebenarnya langit terbuka tapi kami tutup dengan zink lutsinar supaya hujan tak masuk tapi cahaya matahari boleh masuk. Di sini ada mesin basuh, ampaian, dan sedikit ruang untuk barang-barang stor contohnya cat, tangga dan lain-lain.
Dapur, ruang tamu, ruang makan pun sama. Ada perabot asas sahaja dan memang digunakan seharian. Kalau yang tak ada function, saya tak akan beli. Kalau dah terbeli, saya akan let-go. Semua perabot tak bertukar selagi tak rosak. Sebab tu kalau mai dulu dengan sekarang, itu jugalah rupanya.
Ads
Dinding semua kosong. Tak ada sebarang deko kecuali jam dan cermin. Saya tak rajin nak lap habuk kat bingkai-bingkai tu semua. Dulu pernah cuba nak hias-hias tapi tak kena dengan jiwa. Cabut balik, let-go semua.
Kat dapur je ada bingkai sebab nak tutup cela pada dinding (retak sikit sebab alih pintu toilet yang asal).
Rumah saya juga tak ada sebarang karpet kecuali satu pvc mat, meraikan tetamu yang lebih selesa duduk bawah.
Perjalanan minimalis saya ni entah bila mulanya. Tau-tau dah kosong je rumah. Adik saya cakap macam orang baru pindah.
Seronok. Lega. Tu perasaan saya dapat beritahu tentang journey ni. Banyak lagilah yang saya minimaliskan. Bukan rumah je, corak pemakanan, penjagaan seharian semua terkesan. Masih banyak perlu saya baiki. Masih banyak nak belajar. Kalau sempat saya kongsi di sini. Mana baik boleh jadikan tauladan.
Salah satu dekorasi yang menjadi trend masa kini adalah pembuatan wainscoting kerana sesuatu ruang itu kelihatan elegan dan nampak mewah.
Namun dek kerana bajet mahal menyebabkan keinginan mengupah kontraktor terbantut seketika.
Sebenarnya anda juga boleh membuat wainscoting ini sendiri dan sudah tentu bajet juga sangat menjimatkan.
Perkongsian dari Pembekal Kayu Wainscoting memberitahu cara membuatnya terutama jenis ‘double frame’ dengan mudah.
Jadi sempena PKPB inilah masa senggang yang sesuai untuk pasang sendiri dan hasilnya nanti akan membuat anda tersenyum puas.
Pasang Sendiri Wainscoting Double Frame
Bahan-bahan
– Kayu wainscoting (3 pattern, 1 untuk chair rail, 2 untuk frame)
– Gam kayu x-bond
– Latex sealant
– Masking tape
Bahan diperlukan.
Pilihan Cat
– Jotun majestic putih
– Jotun majestic turquoise – kod 6084
Untuk cat.
Cara membuat:
1. Ukur keluasan dinding, rangka kedudukan kotak frame (bingkai frame) yang di perlukan.
2. Gap antara setiap bingkai frame antara 4-5 inci sahaja (*Gap jangan terlalu besar, tak cantik).
3. Pilih saiz kayu yang bersesuaian.
Bingkai kayu.
4. Potong kayu mengikut ukuran yang telah dilakar. Untuk mendapatkan sudut cantuman yang tepat bagi setiap sudut bingkai, gunakan mitrebox atau alat yang bersesuaian
5. Cantumkan batang kayu menjadi bingkai.
6. Untuk gam bingkai ke dinding, perlu dibuat dengan teliti (supaya tidak senget).
7. Selepas gam, ketuk sikit kayu untuk memastikan ia betul-betul melekat dan lekatkan masking tape sementara menunggu gam kering.
Gam diperlukan.
8. Isi ruang kosong (rongga-rongga kosong) antara bucu wainscoting dengan filler untuk nampak cantik dan kemas.
9. Cat keseluruhan dinding dan kayu, untuk tampak lebih ‘elegant’ dan mewah gunakan cat Jotun majestic sheen (kilat).
Dah berjaya tanam sayur dan dah selamat pun kutip hasilnya. Rasa macam nak tanam pokok lain pula tapi persoalannya boleh ke guna semula tanah yang sama?
Ramai yang bertanya tentang perkara ini dan jawapannya dikongsi oleh Pyan Sempoi yang memang selalu berkongsi tip bercucuk tanam di dalam akaun Facebook miliknya.
Tak boleh guna kecuali tambah bahan lain
Ramai yang bertanya boleh ke guna balik tanah-tanah lama bekas tanam? Jawapannya “TAK BOLEH” kalau hanya guna balik 100% tanah yang sama. Kena tambah bahan-bahan lain baru boleh digunakan semula.
Cara recycle tanah lama
Cara saya recycle semua tanah-tanah lama bekas tanam pokok tin & sawi sebelum ini, saya campur stok media yang ada antaranya sekam lapuk, sekam mentah, sekam bakar, cocoapeat, tanah hitam sawit, tanah kompos & kapur dolomit.
Selepas semuanya digaul sebati, masukkan dalam pasu, bakul sayur & polibeg besar. Kemudian siram dengan larutan baja organik cair (mol sisa-sasa dapur).
Tanah ini akan saya biarkan dulu sekurang-kurangnya 1 minggu sebelum tanam pokok yg baru atau biarkan sampai tumbuh rumput-rumput kecil.
Lagi lama peram lagi bagus. Tentera-tentera kecil (microorganisme baik) akan buat kerja dulu untuk mempersiapkan & menyuburkan media tanam ini.
Hujung minggu ni ramai yang dah nak balik kampung untuk sambut raya. Salah satu masalah kaum wanita terutama sekali jika sudah berkeluarga ketika hendak pulang ke kampung atau bercuti dalam tempoh lama adalah untuk mengemaskan barang.
Sering terjadi barang yang perlu dibawa tidak cukup untuk dimasukkan di dalam beg walau pun beg dah besar. Sudahnya kita akan bawa beberapa biji beg untuk pulang ke kampung. Itu baru nak letak pakaian, belum masuk lagi kuih raya dan alatan lain.
Boleh ikut cara packing ini
Agar semua barang yang diperlukan boleh dibawa bersama walaupun banyak, anda mungkin perlu mengikut cara packing yang cepat lagi efisyen oleh Rachel Grant ini.
Pelakon dan bekas Gadis Bond ini telah memuat naik video di Youtube memaparkan cara menyimpan dan memasukkan 100 barang sebahagian besarnya adalah pakaian serta keperluan wanita lain dalam sebuah beg travel yang kecil.
Antara caranya adalah dengan mengumpul dan memasukkan beberapa barang dalam zip lock dan bekas khusus sebelum disimpan di dalam beg.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...