Rupanya Boleh Tampal Guna Gula-Gula Getah, Jika Alami Masalah Tayar Pancit Di Tengah Jalan

Share

Ada kalanya malang tidak berbau apabila kenderaan yang kita naiki untuk ke tempat kerja mengalami masalah.

Biasanya tayar bocor atau pancit dan menyebabkan urusan menjadi tergendala.

Gambar sekadar hiasan. Sumber: Google

Lebih sukar bila tiada yang sudi membantu atau tiada alatan untuk menggantikan tayar pancit ini.

Perkongsian di laman sosial Facebook memberi pilihan alternatif bagi penungang motosikal yang mengalami masalah motor pancit sama ada di jalan biasa atau lebuh raya.

Tip alternatif apabila tayar motosikal pancit semasa dalam perjalanan ke tempat kerja :-

1. Terus pergi ke pam minyak yang berhampiran.

2. Set meter pam angin tempat tayar pancit. Pam tayar dan pastikan ada tempat pancit.

3. Beli chewing gum
atau gula-gula-getah. Kunyah dalam beberapa minit.

Tampal guna guta-gula getah.

4. Guna test pen, paku atau ranting kayu yang keras untuk masukkan chewing gum yang telah dikunyah tadi ke dalam lubang tempat pancit. Pastikan tayar ada angin.

Kunyah gula-gula getah terlebih dahulu.

5. Pam tayar lebih kurang 250 kpa.

6. Boleh teruskan perjalanan ke tempat kerja.

7. Pergi ke bengkel yang berhampiran untuk tampal tayar yang kekal.

Masukkan gula-gula getah di tempat pancit.

#SEMOGA BERMANFAAT UNTUK KITA SEMUA NANTI.

Artikel Berkait:

Cara Tentukan Tayar Botak Atau Tidak

Tayar Kereta Pun Boleh Jadi Kerusi, Modal Kecil Tapi Hasilnya Cantik

 

IKLAN