Sambal sardin goreng rangup ini memang Nampak sangat menyelerakan. Selalu kita masak sardine tumis biasa, ikan sardin pun lembik tapi yang ini ikannya rangup.
Digaul pula dengan kuah sardin yang ditumis sekali dengan cili dan bawang kisar memang next level rasanya.
Bagi yang nak hidang lauk sardin yang lain dari biasa, boleh cuba resipi dikongsi oleh Rizal Channel yang meraih lebih sejuta tontonan.
1 tin besar sardin- asingkan kuahnya
Tepung jagung
Bawang merah -dihiris
Halia- dihiris memanjang
Tomato -dipotong
Limau nipis -diperah jus
Lada besar
Cili api
Bawang merah
Bawang putih
1. Letak tepung jagung dalam bekas, ambil ikan sardine yang sudah diasingkan dari kuah tadi kemudian gaulkan setiap satu hingga tepung meliputi semua seluruh ikan.
2. Panaskan kuali kemudian goreng ikan sardine tadi hingga garing. Angkat dan tos.
3. Seterusnya tumis bawang merah yang dihiris hingga naik bau, kemudian masukkan hirisan halia Bersama dengan tomato. Kacau sebati.
4. Kemudian masukkan bahan kisar. Tumis hingga tumisan masak.
5. Tuangkan kuah sardin yang diasingkan tadi dan kacau rata. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya diikuti dengan perahan limau nipis. Kacau sebati.
6. Akhir sekali masukkan ikan sardin yang siap digoreng rangup tadi. Gaul rata dan tutup api. Sedia dihidangkan.
Sumber: Rizal Channel
Baca Lagi: Sardin Dalam Tin Buat Masak Kicap Pedas, Memang Berselera Makan