Ramai pasangan yang bakal berkahwin ketika ini mengeluh kerana majlis memakan belanja yang besar.
Paling tidak RM10 ribu kena ada dalam tangan, itu tak kira lagi duit hantaran. Sebab itulah wanita bernama @neyrashazeyra ini berusaha mencari cara untuk mengurangkan belanja majlis perkahwinannya.
Dan cara yang diusahakan adalah dengan membuat sendiri atau DIY barang-barang kegunaan untuk majlis kahwin. Apa yang dilakukan memang kreatif. Bakal raja sehari boleh tiru nih!
Tempoh 20 tahun bukanlah tempoh yang sekejap. Ianya adalah satu tempoh yang cukup lama. Bayangkan macam mana keadaan organ dalaman yang terjejas akibat aktiviti merokok sepanjang tempoh itu. Maka tidak hairanlah apabila lelaki bernama Mohd Firdaus ini mengakui dia mengalami pelbagai masalah kesihatan sepanjang bergelar perokok tegar.
“Semasa bergelar perokok, saya selalu batuk sampai sesak nafas. Kalau demam, selalunya saya demam disebabkan masalah tonsil dan banyak kali doktor sarankan buat pembedahan tonsil. Semuanya kerana tonsil saya bengkak apabila saya demam. Sampaikan tahap bernanah dah tonsil saya tu. Bila dah setahun berhenti merokok ni, saya rasa semakin sihat dan rasa lapang dada ni apabila bernafas. Sudah tak kerap demam tonsil dan banyak lagi perubahan dalam kesihatan”
VK kagum dengan semangat Firdaus dalam usaha untuk dia berhenti merokok. Tanpa menggunakan ubat nikotin pun. Ini kerana menurut Firdaus, ubat nikotin tu seperti gantian nikotin yang diambil apabila merokok, jadi tetap tak bebas nikotin.
“Saya ada buat survey pada kawan-kawan yang cuba berhenti merokok menggunakan bantuan ubat nikotin tapi kebanyakannya tak berjaya sebab ubat tu hanya gantian. Bila ubat itu habis, cari balik rokok. Sebab itu saya ambil keputusan untuk terus berhenti dengan usaha kuatkan semangat dan cekalkan hati.”
Demi menguatkan semangat, Firdaus perbanyakkan berdoa dan dekatkan diri dengan Allah. Ya, hanya Tuhan yang boleh membantu hamba-NYA yang berusaha untuk ke arah kehidupan yang lebih baik.
Alhamdulillah genap setahun dah stop smoking dgn izinNYA. Bersyukur sangat kerana menjadi insan terpilih mendapat hidayah dan diberikan kekuatan.
Saya bekas perokok tegar 20thn dari usia 15thn sehingga 35thn, bekas perokok tegar Dunhill Red, Winston Red & Marlboro menthol.
Setahun dah saya berhenti merokok apa yang saya dapat setahun ini?
✔ Saya dah x batok sehingga sesak nafas lagi. ✔ Saya dah x demam tonsil lagi dan x perlu dah operation tonsil. ✔ Saya rasa kehidupan seharian semakin rasa sihat dan rasa dada lapang jek bila bernafaz.
✔ Saya rasa semakin dekat dengan Maha Pencipta kerana rasa senang untuk beramal ibadah. ✔ Saya rasa doa senang diterima dan apa yg dihajati senang termabrur. ✔ Saya rasa lapang fikiran tanpa fikirkan nak merokok lepas makan atau nak kena mencari tempat nak merokok bila di shopping complex atau bila drive jln jauh nak kena berhenti untuk merokok, bayak lebih masa untuk family.
Antara kebaikan berhenti merokok, Firdaus menegaskan yang dia mempunyai lebih banyak masa dan kewangan untuk menggembirakan hati keluarga. Dapat selalu bercuti dengan keluarga sama ada ke luar negara mahupun dalam negara. Malah dia tidak perlu lagi selalu berhenti apabila dalam perjalanan untuk merokok. bagus, kan?
✔ First time saya dapat bawa 1 family travel overseas, biasa berdua dan selalu dapat pergi bercuti dgn family. ✔ First time dapat merasa tidur hotel bilik berharga 1 malam Rm1000++ di Lexis Hibiscus PD. ✔ First time rasa nak beli apa² pon x kesah dan berkira sgt sebab fikir dulu beli rokok lagi rugi bayak.
Sehingga hari ini kos perjimatan x beli rokok yg saya untung : -Sehari untung Rm17 -Sebulan untung Rm510 -Setahun untung Rm6,120
Bukan niat share nie untuk bangga diri tapi sekadar perkongsian untuk memberi semangat pada yg ingin berhenti merokok tu, berusahalah untuk berhenti.
Pada yang belum nak berhenti tu fikir²kan untuk berhenti merokok, sebab senaraikanlah sepuluh kebaikan merokok tak ada 1 pon kebaikannya yang boleh disenaraikan.
Good luck pada yang nak berhenti merokok. Kita kena berusaha mencari hidayah Allah. Hidayah itu milik Allah sesiapa sahaja yg dikehendakiNYA pasti akan dapat HidayahNYA.
In Syaa Allah semoga dipermudahkan usaha kearah kebaikan. Niat berazam, berusaha dan kentalkan jiwa 2 minggu jek kena kuatkan semangat tu. In Syaa Allah lepas tu akan kembali pulih bebas dari rokok.
Terima kasih pada yang sudi membaca kisah saya ini.
#Ikhlasdariseorangbekasperokoktegar
Selain itu, Firdaus akui semangat yang diberikan oleh isteri, ahli keluarga dan orang terdekat adalah amat diperlukan. Semangat orang sekeliling termasuk semangat daripada diri sendiri amat membantu sepanjang usaha dia cuba berhenti merokok.
VK tabik spring la pada lelaki ni. Boleh bebas rokok dengan kecekalan hati. Betul kan pepatah Melayu kata, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalil. Kalau dalam diri memang dah pasak niat nak berhenti merokok, mesti boleh punyalah. Syabas!
Semua yang dah berkeluarga mahukan keadaan rumah yang cantik dan kemas. Cuma kadang-kadang bajet saja yang menghalang. Tapi sebenarnya hendak kalau hendak seribu daya. Bajet ciput pun boleh buat kalau mahu.
Macam apa yang dilakukan oleh Mcyah Joanjett. Menariknya dia dapat memujuk suaminya mengubah suai rumah dalam masa yang pantas, siap 24 jam. Cepat sungguh. Tapi hasil dia memang cantik, berbaloi.
Boleh sangat kalau kita yang duduk rumah biasa-biasa nak praktikkan. Nak tahu macam mana dia buat, skroll bawah.
Ini teratak kecil kami. 5 tahun tinggal disini. Alhamdulillah dah selamat buat 3 anak dalam rumah kecil ini.
Dengan keinginan yang tinggi untuk merasai rumah berkonsepkan mewah classic, dengan kreativiti dan idea yang tercetus, dengan bajet yang suam suam kuku.
Aku bincang dengan suami dimalam hari (pastikan upah dulu), kubentangkan bajet dan idea ku. Suami bersetuju, esok pagi kami terus pulun ubahsuai.
Alhamdulillah dalam masa 24 jam sahaja kami siap mendeco teratak kecil kami yang hidup segan mati xmahu kepada konsep moden classic. Pengubahsuaian ini dibantu oleh team #tzconsturction (team kerja somi aku?).
Jumlah modal keseluruhan RM2000++ sahaja dah termasuk kos cat. Jimat super duperrr. Ramai tak percaya. Korang tak tahu lagi aku punye kedekut taik idung masin. 2k ni pun aku rasa mahal dah.
Husben cakap, inilah yang dinamakan rumah ku syurga ku. Bila saya balik kerja penat, masuk rumah sangat tenang. Tengok pula awak, rasa geram selaluuu aum.
Untuk details barangan dan harga ada saya terangkan pada setiap gambar. Barang ikea kebanyakan saya guna personal shopper so mungkin harga yang saya beri tu lain sikit. Lebih mahal dari asal sbb termasuk upah dia g beli.
Tapi percayalah ada 3 keajaiban bila rumah sedap mata memandang. Suami akan jarang keluar lepak. Kasih sayang bertambah erat. Anak2 dah tak sepahkan rumah. Sanak saudara datang pun rasa selesa. Lepas ubahsuai rasa besar pulak ruang dalam umah ni kikiki?.
Keadaan rumah sangat mainkan peranan dalam rumahtangga sesungguhnya hubungan kami suami isteri dan anak-anak jadi lain. Rasa macam baru kawin. Ia bernafas baru. Besar kecil rumah bukan isu nya. Kita orang biasa2, deco sahaja biasa2 semampu boleh asalkan kemas dan menarik.
Suami janganlah lokek, percayalah korang jugak akan rasa tenang setenang air dikali. Sesungguhnya isteri sanggup buat apa shj demi suami rasa bahagia di rumah dan di sisi anak isteri.
Isteri pulak kena rajin. Nanti suami sayang selalu. Allah kan suka manusia yang bersih. Kalo Allah dah suka kita, pasangan kita lagi suka kat kita.
Media sosial memberi gambaran rumah besar, kereta mahal, barangan mewah tentang maknanya menjadi orang yang kaya, berada atau jutawan.
Tapi sebenarnya kebanyakan mereka yang berada atau kaya memilih hidup seperti orang biasa. Apa yang membezakan adalah cara mereka menguruskan kewangan. Berikut adalah 12 tip jimat wang yang kebanyakan jutawan praktikkan.
Golongan berada atau jutawan biasanya mengambil masa sehari atau 24 jam untuk memikirkan tentang pembelian barang bukan keperluan. Keesokannya hari bila fikiran sudah tenang barulah mereka buat keputusan.
Tak suka berhutang, pembelian mereka adalah melalui tunai banding menggunakan kad kredit.
Biasanya mereka yang bergelar jutawan mengikut peraturan 50/30/20 iaitu 50 peratus bajet untuk keperluan, 30 % untuk pembelian peribadi dan 20% simpanan.
Contohnya pada golongan ini membeli baju cantik untuk berjumpa klien adalah lebih baik dari membeli baju mahal untuk berlibur. Begitu jua dengan pembelian komputer riba yang bagus.
Golongan ini tidak kisah untuk berbelanja pada perkhidmatan yang membantu mereka menjimatkan masa dan mengurangkan stres.
Mereka yang bergelar jutawan akan sentiasa mencari cara untuk menambah pengalaman. Namun ia tidak pula ditunjukkan kepada dunia melalui media sosial. Mereka biasanya memilih untuk percutian yang lebih mencabar.
Mereka mahu menyelesaikan hutang secepat mungkin supaya jelas dengan keadaan kewangan sebenar agar tidak terdorong untuk berbelanja sesuka hati.
Walaupun memiliki banyak wang dan boleh berbelanja sesuka hati tapi golongan ini tetap mempunyai senarai apa yang mahu dibeli dan membelinya pada waktu jualan murah.
Jutawan tidak kisah berbelanja besar untuk hobi mereka asalkan ia menggembirakan mereka dan tidak menjejaskan kewangan.
Mereka mengehadkan perbelanjaan pada hari-hari tertentu kecuali jika ada kecemasan.
Tak kira sedikit mana pun baki, waima syiling simpanlah. Ibarat kata sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
Walaupun ada banyak duit tapi mereka bukanlah orang yang suka membazir. Apa yang rosak cuba dibaiki dulu, sebelum dibuang apabila tak boleh digunakan lagi.
Aritmia jantung dalam kalangan orang muda boleh berlaku tanpa simptom dan meningkatkan risiko henti jantung mengejut. Ketahui punca, tanda awal, pemeriksaan serta rawatan yang tersedia.