Satu Minggu Satu Surah, Cara Dr Sheikh Muszaphar Ajar Anak Kenal Al-Quran Boleh Dipraktikkan

Share

 

 

Mendidik anak mengenal al-Quran sebaiknya bermula pada awal usia lagi, kala hati dan minda mereka masih putih dan bersih. Ia sekali gus memudahkan mereka menghafal surah-surah yang diajar.

Perkara inilah yang dipraktikkan oleh angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar. Selalu berkongsi tip penjagaan anak, terbaru beliau memuat naik video beliau mengajar anaknya, Bella untuk menghafaz surah pendek.

Ujar Dr Sheikh Muszaphar menjadi rutin untuk dirinya pada setiap malam Ahad untuk mengajar Bella menghafal satu surah pendek.

“Malam hafazan, setiap malam Ahad saya akan usahakan Bella menghafal satu surah pendek. Dan Alhamdulillah, mudah untuk Bella.

“Pada saya mudah untuk anak-anak menghafal pada usia mereka masih awal. Jadi perkenalkanlah al-Qurang pada anak anda pada awal usianya. Insya-Allah akan lebih mudah.

“Bacaan al-Quran akan membersihkan jiwa dan membantu meningkatkan memori mereka,” jelas bapa kepada empat orang cahaya mata ini.

 

Video ini mendapat komen positif follower yang memang suka mengikuti perkembangan cara angkasawan negara ini mendidik anaknya menggunakan pelbagai pendekatan fizikal dan juga mental.

Dr Sheikh Muszaphar juga rajin membalas komen followernya malah beliau tidak kedekut berkongsi tip mendidik anak dengan mereka.

Anak-anak keutamaan saya

Usia 3 tahun adalah permulaan yang bagus

Kena disiplinkan anak

 

Jangan beri anak gajet, TV lebih baik

 

Sumber: https://www.instagram.com/drsheikhmuszaphar/?hl=en

 

IKLAN