Selepas tumbangnya kerajaan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum 14 beberapa hari lalu, banyak kisah yang selama ini terpendam mula disuarakan secara terbuka.
Daripada ahli politik hinggalah artis yang selama ini memendam rasa. Terbaru melakukan perkara yang sama adalah personaliti TV3 iaitu Mohd Izwan Azir Saleh.
Sebagai pembaca berita untuk slot Buletin Utama TV3, stesen tv yang dikaitkan dengan pro BN tak dapat dinafikan dia sendiri banyak menerima tempiasnya.
Jika selama ini berdiam diri, semalam melalui posting di Facebook Izwan yang duduk di barisan depan stesen tv ini meluahkan apa yang dirasa.
Saya dibaling botol, ‘diboo’
Tidak ramai yang tahu, apa yang saya perkatakan ketika melakukan lintas langsung BERSIH dari balkoni Persatuan Bola Keranjang Malaysia pada 2007. Yang ramai tahu hanya aksi saya di’boo’ dalam video yang diambil seorang peserta yang sedang berarak yang disebarkan di Youtube.
Ketika melakukan lintas langsung itu, saya mengatakan bahawa ‘peserta BERSIH sanggup untuk meredah hujan lebat dan menunjukkan semangat yang berani, tidak mempedulikan kawalan polis untuk berkumpul di Stadium Merdeka bagi menyatakan hasrat mereka’.
Sebelum itu, ketika mereka sedang menuju ke sana, dari balkoni itu saya melambai malah memberi tabik hormat kepada beberapa peserta dan mereka juga tersenyum kepada saya. Namun ketika dihalau polis, mereka berpatah balik dan melalui kawasan lintas langsung saya, membaling saya dengan botol air TANPA mengetahui apa yang sebenarnya sedang saya perkatakan ketika lintas langsung itu. Pengadilan dibuat kepada saya, hanya kerana saya memegang mic dengan logo TV3.
Ads
Itulah yang berlaku kini, diambang Malaysia Baharu.
Saya dikecam, dicaci, dinista, hanya kerana saya seorang di ‘barisan hadapan’ TV3. Sedari dahulu lagi, sayalah yang menanggung kata-kata nista ini termasuk menghukum saya masuk neraka. Namun kerana menjalankan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan, saya berusaha untuk melakukan yang terbaik.
Dihukum kerana berkhidmat dengan TV Pro-BN
Rakan-rakan saya di TV3 tahu, Izwan Azir Saleh adalah seorang yang tidak gemar politik. Ketika bertugas di Parlimen, saya lebih suka tidur daripada sibuk mencari ahli yang berhormat. Namun ketika saya harus berlintas langsung, saya akan pastikan yang saya kelihatan tip-top, segak dan tahu apa yang berlaku.
Semua itu saya lakukan supaya apabila kerja saya selesai dengan baik, saya boleh pulang segera tanpa ditanya lagi oleh boss dan melanjutkan kehidupan harian saya, menikmati masa-masa bersama keluarga atau bersendirian tanpa diganggu urusan kerja.
Saya kini dihukum hanya kerana berkhidmat dengan sebuah saluran TV Pro-BN. Saya menjadi seperti Allahyarham Nordin Ahmad atau Sharif Doll yang diludah di Jalan Ampas, Singapura hanya kerana watak antagonis Datuk Laksamana Megat Seri Rama dalam filem Sultan Mahmud Mangkat Dijulang atau Samseng Kampung Pinang Sebatang dalam filem Pendekar Bujang Lapok.
Dalam suasana Malaysia yang baharu, janganlah kalian menilai hanya dari kulit, tapi bacalah isi kandungannya. Fahami bahawa golongan barisan hadapan ini adalah mentimun. Digolek juga lenyek, menggolek juga lenyek. Saya hanya cuba melaksanakan tugas saya dengan baik.
Ads
Anda akan lihat lagi wajah ‘ahli neraka’ ini ke udara
Ramai yang tidak tahu, ketika Datuk Seri Shafie Apdal dipecat daripada pentadbiran terdahulu, sayalah bersama pasukannya, membersihkan pejabat Menteri sehingga larut malam, dan berpelukan dengan rakan-rakan saya yang terpaksa meninggalkan pejabat dengan segera.
Tetapi saya tidak perlu menceritakan semua ini, atas dasar persahabatan bersama mereka. Mereka kenal saya. Pemimpin kerajaan kini juga kenal saya, malah ada antara mereka yang sering berhubung dengan saya. Mereka tahu siapa yang saya maksudkan.
Malam ini, anda akan melihat wajah ‘ahli neraka’ ini lagi ke udara. Menyampaikan berita dan menyebut Tun Mahathir Mohamad, Perdana Menteri dan pembangkang yang akan diketuai Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Bila diarah bersiaran, saya lakukan yang terbaik
Biarkanlah saya melaksanakan tugas secara profesional seperti yang telah saya lakukan selama ini. Walaupun pedas tuduhan yang anda lempar, tetapi akhirnya saya cuma manusia biasa. Penyampai Berita bukan pembuat dasar.
Ads
Apabila diarah untuk bersiaran, saya akan lakukan yang terbaik dan apabila diarah berhenti daripada bersiaran, seperti ketika saya diminta meninggalkan pasukan Malaysia Hari Ini (MHI) Januari lalu, saya taat dan keluar dengan seikhlas hati. Itulah saya.
Saya sudah melihat sinar politik matang dikalangan pemimpin kita sekarang. Yang menang meneruskan tanggungjawab, yang kalah telah mengucapkan tahniah. Tetapi, kita dibawah ini juga perlu bersikap matang supaya Malaysia Baharu yang kita inginkan, akan benar-benar tercapai bukan sekadar dengan tulisan tapi dirasai dan meresap kedalam dalam hati sanubari setiap rakyat Malaysia.
Terima kasih anda yang faham dan mahu memahami tugas kami sebagai pemberita. Jika yang tidak mahu faham, cubalah sekali sekala memakai kasut kami. Anda akan mengerti.
Salam Hormat.
Luahan panjang Izwan ini mendapat banyak reaksi netizen, Meski ada yang mula memahami situasi Izwan tapi ramai juga yang tetap mengecam beliau.
Mereka memperkatakan tentang reaksi mimik muka Izwan ketika membaca berita satu ketika dahulu yang seolah-olah melambangkan pendiriannya.
Izwan sudah meluahkan apa yang dirasa, terpulang pada netizen untuk menilainya.
Kisah tentang bintang Bollywood Shah Rukh Khan memang sentiasa ada di dada akhbar. Bukan saja di India tapi perkembangannya juga turut diikuti oleh kita di sini.
Namun yang jarang kita tahu adalah tentang keluarganya terutama anak-anak mereka.
Mempunyai tiga cahaya mata bersama Gauri Khan termasuk anak bongsu yang lahir melalui kaedah ibu tumpang namun yang paling mendapat perhatian media di India adalah anak perempuannya, Suhana Khan.
Dalam diam, Suhana sudah pun remaja dan baru meraikan ulang tahunnya yang ke-17 Mei lalu. Tidak tinggal bersama keluarga, dia kini sedang menuntut di London.
Melalui foto yang dimuat naik oleh isteri aktor filem Kuch Kuch Hota Hai dalam instagram, anaknya Suhana berubah menjadi gadis menawan.
Kecantikan Suhana jelas kelihatan malah ramai yang tidak menyangka anaknya sudah pun dewasa.
Video yang dikongsi pemuda bernama Faizal Faiz Farish ini sebenarnya sesuatu yang menggembirakan tapi entah kenapa kebanyakan yang menontonnya rasa sayu hingga mengalirkan air mata.
Sudah ditonton hampir sejuta kali sejak dimuat naik di laman Facebook beberapa hari lalu, Faizal mengusik ibunya sebagai cara untuk membuat kejutan di hari lahir wanita itu.
Berpura-pura sakit hingga muntah darah, ibu Faizal pulang ke rumah dan terus merangkul anak bujangnya itu dengan penuh kasih sayang hingga membuatkan ramai yang sebak menontonnya.
Tatkala ibu memeluk anak dengan penuh kerisauan, Faizal akhirnya menamatkan drama dengan mengeluarkan hadiah berupa jam tangan untuk ibunya.
Sambil mengalirkan air mata, si ibu tidak marah sebaliknya anak bujang itu terus dipeluk dan dicium berulang kali. Situasi ini sekali lagi membuat ramai netizen terharu.
‘Hari ni birthday mak saya. Saya lupa sebenarnya, ingat 31 Oct. Bila ingat balik, 30 Oct rupanya. So saya kelam kabut la pergi ambil kek, masa dekat kedai kek, saya call mak saya, bagitau saya tak sihat. Minta tolong mak bawa pergi hospital. Saya bagitau saya otw blk rumah. So my mom kelam kabut la. Sampai rumah saya suruh adik standby plan kami. So this is the video.’
Demikian catatan Faizal yang turut disertakan dengan video bersama ibu yang kini tular di media sosial.
Baru-baru ini, penyanyi Elyana memuat naik status mengenai penyakit kanser yang dihidapinya semakin teruk. Malah mungkin terkena lumpuh. Niatnya ingin berkongsi dengan pengikut instagramnya bertukar jadi keruh apabila ada netizen yang mempertikai mengenai Elyana yang masih tidak menutup aurat dengan betul.
Terkesan dengan komen netizen yang mencalar perasaan, Elyana telah menutup akaun instagramnya. Hal tersebut mendapat perhatian daripada pelakon yang turut dikatakan menghidap kanser, Ardell Aryana.
Human senses
Assalamualaikum ..1st of all saya nak mintak maaf jika ada apa yang saya katakan ini menyinggung hati semua followers sy mahu pun yang lihat post ini bukan dari followers sy . Ok, lets talk about “ Human senses “ dalam diri kita . Saya nak bercakap tentang isu netizen rata-rata yang tidak menjaga hati orang lain waktu post komen dekat feed orang ?. Saya tak pernah jumpa personally dengan insan bernama puan “ elyana “ tapi saya kenal dia & semua mengenali nya .
Kagum dengan Elyana
Saya sangat kagum dengan beliau, seorang insan yang cekal sama juga dengan semua insan yang sedang berlawan dengan penyakit masing2 di luar sana .
Tegur sila guna otak
Saya cakap straight to the point je ,kita boleh nak menegur sesama kita , tapi jangan sampai menguris hati orang . Islam itu indah, rata2 yang komen dengan kata2 yang tidak menyenang kan , maaf kata “ lebih kepada ikut hati, bukan otak “. Kita menegur jaga la sensitivity orang lain, tegur la dengan niat tidak menjatuh kan/ mengaib kan orang lain dekat komen secara open . Kita tak tahu keadaan orang yang sebenar, apa yang kita nampak dengan mata kasar di laman sosial tidak melambangkan keperibadian seseorang . Jangan dengan cara kita tu buat orang makin jauh untuk berubah, ada cara kita ni nak sebar rasa kasih sayang dari nasihat kita untuk orang dekat dan mudah terima nasihat kita .
Kita nampak Elyana senyum, kita tak nampak dia menangis
Kita nampak kak “elyana senyum “ tapi kita tak nampak dia menangis .Susah payah dia selalu senyum dihadapan semua untuk sebarkan positive dia pada semua kita support la , bukan cari point yang silap je. ?
Sila hormati pesakit kanser
For those netizen who is heartless. please respect cancer patients. Cancer is not something that you can play around. Dont talk about it as you guys dont know how does it feels to be a cancer patient. We must always give positive vibes and support ?? and also give positive energy , not giving criticism. who are we to judge???♀️ i just cant take it and i don’t understand why certain peoples issues such words to cancer patients. An ordinary person must have self-awareness and must have something good inside ?. We have mercy. please change yourself and please dont keep doing this. please i beg you ??. May Allah bless all of us?. Call out her name ERNEELYA ELYANA in ur doa.
Masalah siling atau dinding 'leaking' di kediaman bertingkat memang boleh berpanjangan malah mampu mencetuskan konflik.Mana tidaknya kediaman kita dah cantik di deko tapi dek...