Scammer selalu call dan menyamar jadi enam pegawai ini, jangan terus percaya!
Kes scam atau penipuan yang bermula dari panggilan telefon memang terlalu banyak. Anehnya walaupun sudah berkali-kali diingat supaya jangan mudah percaya ada juga yang terpedaya dengan kata-kata dari scammer yang menyamar sebagai pihak berkuasa, bank, syarikat penghantar barang dan sebagainya.
Agar tidak ada lagi yang mudah terpedaya, Duta Anti Scam yang juga pegawai bersara PDRM Rahmat Fitri Abdullah menyenaraikan enam jenis penyamaran scammer ketika dalam talian. Oleh itu jika ada orang yang menghubungi dan mendakwa mereka adalah pegawai dari enam agensi dan pihak berkuasa ini jangan terus percaya!
Scammer yang mendakwa mereka dari pegawai LHDN ini akan mengatakan anda tidak membayar cukai.
Pemanggil yang menyatakan mereka dari Kastam mengatakan kononnya ada barang yang dirampas atas nama anda.
Scammer ini mendakwa ada siasatan atas nama anda di bawah kes AMLA (The Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing and Proceeds of Unlawful Activities Act), kononnya ada kemasukan dan pengeluaran wang dari akaun anda. Ataupun mendakwa ada pinjaman yang dibuat atas nama anda dan tak dibayar berbulan bulan.
Jangan percaya jika ada pihak yang membuat panggilan dan menyatakan adan memenangi hadiah atau cabutan bertuah.
Scammer mengatakan ada barang di atas nama anda dan kemudian menyambungkannya kepada pihak polis. Jangan panik dan percaya!
Penyamaran scammer paling banyak adalah mendakwa mereka sebagai pegawai polis sambil mengatakan anda terbabit dengan beberapa kesalahan.
Sekiranya menerima panggilan sebegini, menurut Rahmat tanya kembali mereka tentang nama, bahagian dan pejabat polis dari daerah mana, kemudian letak telefon selepas diberitahu.
Hubungi IPD yang dinyatakan dan tanya tentang nama pegawai polis yang diberitahu. Jika tiada, abaikan.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Rahmat Fitri Abdullah
Baca Lagi: Menetap Di Tanah Suci, Wanita Ini Kongsi 6 Jenis Scammer Jadikan Jemaah Malaysia Sebagai Sasaran