‘Sebelum Ni Tengok Dia Kat TV, Tak Pernah Jumpa Tahu-Tahu Jodoh…Dah 6 Tahun’

Share

 

Tak pernah kenal atau berjumpa, hanya melihat Syamsul Yusuf d TV tapi siapa sangka itulah jodoh Puteri Sarah Liyana. Demikian cerita isteri pengarah terkenal ini selepas enam tahun mendirikan rumah tangga.

Merasakan masa sekejap berlalu, pun begitu luahnya dalam satu posting di instagram dia sebak setiap kali melihat video pernikahannya dulu.

Jodoh kami kuat

It’s not my anniversary everytime tengok video nikah sendiri nak nangis. A very emotional day that day. Semua nangis haritu. Ternampak @fadzainuddin nangis for the first time @sofiamegat paling over menangis.

@syamsulyusoffilm denggi masa tu sampai terpikir nak nikah kat hospital je. @sudyrtahir siap kirim ubat denggi masa kat masjid. Dugaan…but we made it dengan kuasa Allah.

Who knows, jodoh kami kuat. Selama ni kenal @syamsulyusoffilm tengok kat TV je. Tau dia ni pengarah termuda in Malaysia. Takotttt…Tak pernah terjumpa kat ABP, ASK ke, tau2 jodoh.

Jodoh itu rahsia Allah. Cinta kerana Allah. 6 years knowing you, loving u until jannah. Now we have Syaikhul Islam and …. (cer teka girl or boy) .

Ya Allah, sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan menjadikan perkawinan kami ini sebagai ibadah kepada-Mu dan bukti ketaatan kami kepada sunnah Rasul-Mu.

Ya Allah…indahkanlah rumah kami dengan kalimah-kalimah-Mu yang suci. Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma’-Mu. Penuhi kami dengan amal soleh yang Engkau redhai. Jadikan kami insan yang tenang dan menenangkan orang sekeliling serta teladan yang baik bagi manusia.
#shamsulsarahsyaikhul.

Kalau tengok video tu sebenarnya VK sendiri pun sebak. Sama-sama kita doakan pasangan bahagia hingga ke jannah.

Sumber: puterisarahliyana

 

 

 

IKLAN