Teruja lihat pokok sayur yang ditanam oleh Tieok Eng di kediaman beliau. Subur dan segar bugar.
Untuk dapat hasil tanaman subur dan cepat dituai hasilnya boleh praktikan tip yang dikongsi oleh beliau. Caranya sebelum tanam, bakar dulu rumput liar, selanjutnya boleh ikut perkongsian di bawah.
Tip tanaman subur & cepat petik hasil
Aunty nak share tip kenapa sayur-sayur yang aunty tanam subur dan cepat dapat dipetik.
Ads
Waktu sediakan tapak untuk tanam sayur aunty akan bakar rumput-rumpur liar campur dengan tinja kambing atau sisa ikan yang diambik dari gerai jual ikan.
Selepas bakar, baru buat batas dan tapak untuk tanaman. Tapak ini hanya diulang tanam paling banyak 3 kali saja. Kalau asyik tanam selepas dituai sayur akan diserang ulat hijau atau hitam.
Ads
Selepas 3 kali tuai aunty akan bakar lagi rumput liar campur sisa ikan untuk buat tapak baru, banyak kerja tapi berbaloi hasilnya nanti.
Bagi yang memelihara kucing di rumah tip yang dikongsi oleh Lembayung Cahya Rabbani ini memang sangat berguna.
Ia membantu menyelesaikan bau najis kucing yang selalu jadi masalah utama mereka yang memelihara haiwan ini dalam rumah.
Bagusnya cara yang dikongsi cukup mudah dan murah iaitu hanya menggunakan arang. Kosnya hanya sekitar RM4-RM6 saja.
Saya nak berkongsi satu tip yang baru saya buat dua hari lepas. Tip ini bagi mereka yang bela kucing di dalam rumah. Masalah yang sering dihadapi adalah bau najis yang keluar daripada litterbox.
Caranya adalah dengan menggunakan arang. Tak perlu beli arang yang mahal-mahal pun, saya cuma guna arang yang dipakai untuk bakar-bakar lauk ja. Boleh beli kat kedai hardware, satu paket besar sekitar RM4 ke RM6 ja (ikut lokasi masing-masing).
Saya potong separuh botol air besar (lagi besar bekas lagi bagus), tebuk lubang bagi banyak-banyak macam dalam gambar tu, pastu masukkan arang bagi penuh & tutup atasnya dengan kain kasa pembalut luka (boleh ja guna tisu atau kain biasa).
Selepas siap buat semua tu, boleh la gantung atau letak tepi sangkar betul-betul dekat dengan litterbox. Bagi kucing yang tak duduk dalam sangkar, boleh letak tepi litterbox kucing anda.
Saya dah cuba selama dua hari. Memang berkesan.
Cara ini jugak boleh guna untuk letak dalam kereta atau dalam bilik. Kalau dalam bilik, saya isi arang tu dalam balang besar. Cara penghasilannya sama juga, cuma saiz bekas ja lebih besar. Kalau rajin, hias-hias la sikit bekas tu ikut kreativiti masing-masing.
Bila masuk Mr DIY, Kaison, Eco dan kedai ‘saka’ yang lain selalu kita nampak jaring atau wirenet ini.
Tapi ramai yang tak tahu apa kegunaannya sedangkan ia ada banyak fungsi terutama untuk tujuan penyusunan dan penyimpanan barang supaya ruang dalam rumah jadi kemas.
Ramai orang tak tahu kegunaan jaring ini. Jaring ini dipanggil wirenet. Selain untuk dekorasi, ia boleh dijadikan organizer barang di ruang sempit. Banyak lagi kegunaannya yang boleh di eksplorasi dan dimanfaatkan.
Tempat atur alat tulis
Tempat letak bekas rempah
Penggantung sudip, fry pan
Letak dalam kabinet, dan ikat dengan cabel tie.
Selain itu cara yang sama boleh digunakan untuk menggantung barang-barang di bilik air
Cara gantung wirenet ni mesti disesuaikan dengan permukaan dinding dan berat beban yang mahu ditampung. Samada mahu drill atau gunakan hook kuat seperti gam gajah.
Ada beberapa contoh hook sesuai yang digunakan sis sertakan dalam ni. Kebanyakan gambar adalah dari deko rumah sis sendiri. Sis beli di DAISO, setiap satu jaring dan bakul berharga RM5.90.
Majlis menandatanganj Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Nu Ideaktiv Sdn
Bhd dan Enrichment Media Lab Sdn Bhd telah diadakan hari ini bertempat di Pejabat Urusan Nu Ideaktiv di sini.
Syarikat diwakili Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv dan Muhamad Ashraf DM Tej Nasir, Pengarah Urusan Enrichment Media Lab telah menyempurnakan acara menandatangani memorandum, sekali gus memeterai kerjasama dan perlantikan Enrichment Media Lab sebagai rakan pakar media mensasarkan segmen Perusahaan Kecil Sederhana Melayu (PKS).
Menerusi kerjasama ini, Enrichment Media Lab akan bertindak sebagai rakan pakar media yang menyediakan perkhidmatan dan perundingan untuk pakej pemasaran serta pengiklanan eksklusif bagi segmen PKS dalam industri kecantikan, kesihatan, makanan dan minuman, pakaian, perabot, pendidikan dan bimbingan.
Nu Ideaktiv yang memiliki lebih 17 jenama dan peneraju dalam industri media berbahasa Melayu,menyediakan kandungan, platform dan pelaksanaan sejajar dengan kerjasama yang dibuat.
Syamil Fahim dalam ucapannya memberitahu, MoU ini adalah permulaan untuk kerjasama bagi membantu dan meningkatkan lagi industri PKS negara ini menerusi media sebagai pemacu utama.
“Melihat kepada kepakaran yang dipunyai oleh Enrichment Media Lab dalam segmen industri pengiklanan PKS dan pengetahuan mereka bagaimana PKS merangka strategi dalam pemasaran dan pengiklanan, adalah menjadi satu peluang dan kelebihan bagi Nu Ideaktiv untuk berkolaborasi dan berkerjasama dengan syarikat ini bagi menguasai segmen pengiklanan media PKS.”
“Kerjasama ini juga bertujuan membantu perniagaan dan pengasas jenama untuk berkembang menerusi hebahan media meluas, pelaksanaan acara dan promosi rentas platform yang dimiliki Nu Ideaktiv di digital, program tv dan banyak lagi,” katanya.
Enrichment Media Lab sebagai agensi pakar media melihat Nu Ideaktiv sebagai syarikat yang berpotensi untuk membantu membangun industri PKS.
“Nu Ideaktiv memiliki pelbagai jenama media No.1 di Malaysia yang boleh membantu PKS berkembang maju dan menembus audiens sasar bagi pertumbuhan perniagaan dan sasaran keuntungan syarikat.”
“Kerjasama ini tidak terhad kepada satu medium sahaja. Berdasarkan hala tuju sesebuah perniagaan, kita boleh melaksana pelbagai projek yang signifikan, mencapai sasaran dan mentransformasi perniagaan,” kata Ashraf.
Antara kerjasama awal Nu Ideaktiv dan Enrichment Media Lab adalah menerusi penerbitan rancangan TV iaitu perjalanan keibubapaan pemilik jenama Noir dalam PA&MA : Diari Madammu, dan IMPIANA Makeover Ruang Selebriti yang dihiasi oleh Ella furniture. Rancangan ini bakal bersiaran di saluran Astro awal tahun hadapan.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...