Sebelum Tanam Pokok Baru Dalam Pasu, Tanah Lama Kena Suburkan Dulu. Ini Langkahnya

Share

Dah berjaya tanam sayur dan dah selamat pun kutip hasilnya. Rasa macam nak tanam pokok lain pula tapi persoalannya boleh ke guna semula tanah yang sama?

Ramai yang bertanya tentang perkara ini dan jawapannya dikongsi oleh Pyan Sempoi yang memang selalu berkongsi tip bercucuk tanam di dalam akaun Facebook miliknya.

Tak boleh guna kecuali tambah bahan lain

Ramai yang bertanya boleh ke guna balik tanah-tanah lama bekas tanam? Jawapannya “TAK BOLEH” kalau hanya guna balik 100% tanah yang sama. Kena tambah bahan-bahan lain baru boleh digunakan semula.

Cara recycle tanah lama

Cara saya recycle semua tanah-tanah lama bekas tanam pokok tin & sawi sebelum ini, saya campur stok media yang ada antaranya sekam lapuk, sekam mentah, sekam bakar, cocoapeat, tanah hitam sawit, tanah kompos & kapur dolomit.

Selepas semuanya digaul sebati, masukkan dalam pasu, bakul sayur & polibeg besar. Kemudian siram dengan larutan baja organik cair (mol sisa-sasa dapur).

Tanah ini akan saya biarkan dulu sekurang-kurangnya 1 minggu sebelum tanam pokok yg baru atau biarkan sampai tumbuh rumput-rumput kecil.

Lagi lama peram lagi bagus. Tentera-tentera kecil (microorganisme baik) akan buat kerja dulu untuk mempersiapkan & menyuburkan media tanam ini.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Pyan Sempoi

 

IKLAN