Sedapnya Kuih Tepung Pasung, Manis Berlemak! Buat Sendiri Kalau Rindu Nak Makan, Ini Caranya

Share

Mesti ramai yang rindu nak makan kuih ini atau pun memang tak pernah makan. Kuih tepung pasung ini memang dah jarang jumpa orang yang menjual atau membuatnya.

Kalau teringin nak makan kenalah buat sendiri. Nak cuba? Boleh ikut perkongsian daripada Pn Habsah Ngah.

Buat sendiri kuih tepung pasung

Bahan bahagian bawah

2 sudu gula pasir
1 keping setengah gula melaka
1 setengah cawan air
1 helai daun pandan wangi
40 gm tepung beras
20 gm tepung ubi
1 sudu teh air kapur

Bahan bahagian atas

3 sudu besar tepung beras
1 sudu tepung gandum
1 setengah cawan santan sederhana pekat..
1 sudu teh garam halus
1 sudu teh gula
Daun pisang secukupnya untuk dijadikan kelongsong

Cara membuat:

1. Masak gula, gula pasir dan daun pandan hingga gula hancur dan sejukkan.

2. Tapis dan satukan dengan bahan bahagian bawah dan masak atas api sederhana hingga likat dan kental.

3. Sudukan atau paipkan ke dalam kelongsong daun pisang yang telah dibuat dan dirikan kelongsong di dalam lubang pengukus. Kukus dalam 5 minit.

4. Satukan semua bahan bahagian atas, tapis dan masak di atas api hingga likat dan kental.

5. Sudukan/paipkan ke dalm kelongsong daun yang telah berisi bahagian bawah yang telah dikukus 5 minit tadi. Kemudian teruskan mengukus lebih kurang 10 minit dengan api yang kecil. Jika api besar nanti kelongsong daun pisang yang berisi adunan kuih akan tumbang.

3. Biar sejuk baru dihidangkan.

Kredit Resepi : norafidah mahamod

Sumber: Pn Habsah Ngah.

IKLAN