Segarnya Sawi King Kong, Tanam Dalam Bekas Minyak Saja. Sangkut Pada Tiang, Jimat Ruang!

Share

Seronok lihat hasil tanaman sawi king kong perkongsian Mohd Farhan Razali. Menariknya cara tanamnya mudah dan menjimatkan.

Cuma guna kembali botol minyak masak 5kg yang dipotong dua untuk dijadikan pasu. Kemudian disangkut pada tiang untuk jimatkan ruang.

Katanya cara ini juga mengelakkan dari serangan siput dan dirosakkan oleh haiwan lain.

Bagi yang berminat untuk bercucuk tanam tapi tiada ruang boleh juga ikut perkongsian beliau ini.

Tanam sawi King Kong dalam bekas minyak, sangkut pada tiang

Sedikit perkongsian untuk yang baru mula bercucuk tanam. Gambar hasil tanaman saya menggunakan botol minyak masak sebagai bekas tanaman.

Botol minyak masak ini dipotong dua dan dilubangkan di bahagian bawah. Letak besi pada bekas untuk mudah disangkutkan pada tiang.

Medium yang digunakan cocopeat saja kerana ringan sebab nak disangkut pada tiang.

Cara penanaman

  1. Untuk biji benih boleh cari jenis sawi giant (boleh beli secara online).

2. Semai biji benih dulu tunggu sehingga anak pokok sawi ada 4 helai daun kemudian barulah dialihkan dalam bekas minyak yang berisi cocopeat.

3. Sebaiknya alih pada waktu lewat petang dan letak di tempat redup dulu 2-3 hari supaya stabil.

4. Untuk lebih mudah boleh juga semai terus biji benih dalam bekas tapi basahkan cocopeat  terlebih dahulu. Cara ini anak pokok sawi tak perlu dialih.

5. Tanam 1-3 pokok sawi dalam satu bekas dan lakukan siraman dua kali sehari. Jika cocopeat lembap tak perlu siram.

6. Selepas seminggu dialihkan boleh baja tapi dalam dos yang rendah. Guna baja AB. Supaya daun elok cantik lakukan juga semburan cuka kayu.

Ini adalah hasil sawi selepas lebih kurang 40 hari.

Selamat mencuba.

Sumber: Mohd Farhan Razali

IKLAN