
Elok sungguh kejadian Japanese cheese cake ini. Nampak pun dah tahu sedap. Boleh hilang stres bila makan kek begini, apatah lagi kalau dibuat sendiri.
Japanese cotton cheesecake ini sebenarnya hasil air tangan Nur Aisyah Bt Azman. Menurut beliau membuat kek ini ibarat terapi, bagi yang nak cuba hasilkan kek dengan hasil yang sama, Nur Aisyah turut berkongsi resipinya. Nampak macam mudah saja cara buatnya.

Bahan A
160gm cream cheese (Anchor)
20gm salted butter (Anchor)
50ml susu full cream
40gm tepung gandum (Baker Choice)
4 biji kuning telur
Bahan B
4 biji putih telur
80gm gula
Cara membuat
1.Double boiled semua bahan A sehingga larut. Biarkan suam.
2.Pukul putih telur hingga berbuih kemudian masukkan gula.
3.Tapiskan bahan A dan masuk ke dalam bahan B.Kaup balik adunan.
3.Tuangkan ke dalam loyang yang digris dengan butter.
4. Bakar menggunakan kaedah waterbath (air panas masukkan dalam loyang asing kemudian letakkan loyang adunan).
5. Bakar selama 1 jam suhu 150 darjah.

Info: Resipi ini memang tak menggunakan perahan lemon atau cream of tartar.
Sumber: Nur Aisyah Bt Azman
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!
Teknik Mudah Cuci Kain Lap Dapur Supaya Tanggal Semua Kotoran & Wangi. Tak Perlu Rendam Atau Sental

Kain lap dapur antara barang yang kotor dan banyak kuman di rumah. Maklumlah fungsi mengelap kotoran, tumpahan dan sisa masakan di dapur.
Kain ini pula ada yang dibiarkan berhari- hari tanpa dibasuh menyebabkan kotoran melekat dan ada bau masam yang sukar dihilangkan. Dah sental pun belum tentu hilang.
Sebab itu untuk membasuh kain lap dapur ini kena guna betul caranya, barulah semua kotoran ini hilang. Dikongsi oleh Ellie Haji Darus yang juga guru kelas masakan, ini cara mudah yang boleh kita dipraktikkan untuk mencuci kain lap dapur.
Kaedah ini tak memerlukan kita merendam atau memberus kain lap yang kotor namun hasilnya kain bersih dan bau pun hilang. Senangkan…
Cara cuci kain lap dapur
Setiap hari kita guna paling tak 1-2 helai kain lap, yang buat baking lagi la kadang 5 helai sehari!
Biasa bila kain dah kotor kita masuk dalam baldi, buh sabun dan air… biar rendam semalaman. Kadang-kadang jadi bermalam-malam sampai berbau dan berlendir.
Ini cara Ellie cuci kain lap.
1. Sedia kan sebiji periuk (kalau boleh sediakan periuk khas jika basuh setiap hari, eli di kedai Eco pun bole).
2. Masukkan air dan sabun pencuci (sabun serbuk) kemudian tambah sedikit baking soda. Kacau supaya bahan larut.

3. Rebus air atau dapur dan masukkan kain lap. Rebus selama 10 minit.
4. Selepas 10 minit, tutup api dan curah air dalam singki.
5. Bilas kain dengan air paip. Sambil itu boleh berus manja-manja saja cukup.
6. Bilas dan perah air kemudian boleh jemur. Bila dah kering kain memang bersih dan wangi.

Boleh juga tonton video DIY Ellie seperti di bawah;
Selamat mencuba.
Sumber: Ellie Haji Darus
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!
Cara Betul Mandikan Anak Yang Demam, Penting Elak Mandi Air Sejuk!

Bila anak demam tak kebah-kebah kita mula akan minta petua atau tip dari rakan untuk merawatnya. Selalunya macam-macam petua yang diberi.
Tapi antara yang biasa kita dengar adalah bila anak demam kita kena mandikan anak dengan air sejuk! Namun ada juga yang beri petua jangan mandikan anak, cuma lap saja dengan tuala basah.
Mana satu yang betul ni? Penjelasan dari Doc Abdul Rahim Nor ini sangat membantu.
Bertindaklah dengan ilmu
” Doc Boleh tak anak saya mandi ketika demam?”
Soalan di atas banyak disoal pesakit ketika doc merawat pesakit di klinik. Doc rasa tanggungjawab memberi penjelasan di bawah supaya ibu bapa pandai jaga anak ketika anak mereka demam. Harap jangan pengaruh orang sekeliling, semoga anda semua bertindak dengan ada ilmu dan amalkan cara yang betul!
Apa perlu buat bila anak demam?
Demam adalah naiknya suhu badan dr suhu normal 36-37.5 Celcius, iaitu lebih 37.5 °C. Demam sebagai pertahanan badan si bayi jika ada serangan bakteria/virus. Ketika ini suhu badan naik automatik sebab si comel sedang bergusti sendiri melawan infeksi tu.
Itulah kita sebagai ibu bapa relaks saja jika bayi tu tetap aktif bermain, minum & makan OK. Tak perlu beri ubat penurun panas. Biarkan saja tubuhnya bekerja secara alami.
1. Guna tuala basah
- Gunakan kain tuala kecil yang dibasahkan dgn AIR PANAS SUAM (Tepid Sponging) lalu diletak di dahi, perut, leher, ketiak & celah paha. Air hangat suam ini membantu pembuluh darah di kulit mengembang lalu membuka pori-pori & mudahkan mengeluarkan panas dari dlm tubuh. Kalau boleh cuba cara berikut:
2. Kalau boleh cuba…
- Jangan menggunakan air sejuk ais, atau ketul ais sebab ia bukannya menurunkan suhu tubuh tapi meningkatkan lagi suhu badan, kerana air yg dingin menyebabkan pembuluh darah di kulit mengecut sehingga panas yg dibawa darah ke kulit terhalang.
- Bila anak demam ada yg suruh mandikan anak dgn air sejuk ais. Kesian si anak lagi mengigil serta lagi naik demamnya. Jika kita emak ayah demam cuba terus mandi air sejuk, pijak lantai bilik air pun dah menggeletar inikan pula mandi air sejuk.
- Kalau periuk yang panas jika dibasuh akan berasap. Kita biasanya akan biar periuk sejuk dulu kan? Kalau nak gunakan air ais atau ketul ais dibolehkan tapi kesian anak menangis kesejukkan dengan tiba-tiba. Anda boleh pilih yg mana sesuai dengan anda.

- Hindari menyelimuti ai Comel yg demam atau memakaikan baju yg tebal spt jaket atau pakaian ketat yg dapat meningkatkan suhu badan. Sebaiknya gunakan pakaian yg tipis & longgar yg dpt menyerap peluh sehingga suhu badan si comel menurun ke normal.
- Demam paksa badan mengeluarkan cairan lebih banyak spt peluh dan kencing. Maka rajin-rajinlah menyusu atau beri air yg banyak kpd bayi untuk elak dehidrasi. Lagi banyak cairan diberi maka lagi banyak cairan keluar melalui urin yg juga menolong menurunkan suhu badan yg panas!
- Kalau nak dimandikan juga bayi/kanak-kanak yg panas boleh tapi air yg digunakan harus air yg suam atau air paip. Bukan air sejuk ais. Dengan begitu tubuh jadi segar & nyaman. Setelah mandi, keringkan tubuh dgn kain tuala & terus cepat tutup badan dgn pakaian.
- Anak tak perlu makan ubat jika demam tapi boleh main. Hanya jerlum anggota badannya dgn air panas suam. Ubat diberikan jika suhu badannya mencapai lebih dari 38 °C.
- Kalau bayi/anak anda demam berpanjangan lebih 2 hari dan kelihatan lesu, hilang selera mkn minum, panas kejang, susah bernafas, muncul bintik merah atau biru di tangan, muntah, cirit ini tanda infeksi kuman/virus yang tubuh bayi atau kanak-kanak tak boleh lawan. Maka segeralah berjumpa dengan doktor.Ketika ini antibiotik mungkin diperlukan.
Sumber: Doc Abdul Rahim Nor
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!
Kuali Hitam Berkerak Cuci Guna Satu Bahan Saja Dah Bersih

Kuali hitam berkerak ini memang selalu ada di dapur kita. Sungguh pun hitam dan buruk rupanya tapi kuali legend ini paling ‘sedap’ digunakan untuk memasak.
Sebab itulah ramai yang akan terus menggunakannya. Tapi bila dah kerak hitam banyak sakit boleh buat kita sakit mata juga. Lagi satu kalau tetamu nampak kita mungkin akan ‘dikata’.
Supaya kuali legend ini boleh terus digunakan, boleh gunakan cara ini untuk membersihkannya. Walaupun kerak hitam yang nampak tebal tapi petua ini dikatakan sangat berkesan.
Caranya hanya menggunakan satu bahan saja iaitu asam gelugor ataupun asam keping. Kesannya sampai belakang kuali yang hitam jadi putih flawless. Caranya boleh ikut perkongsian Hidayah Abdullah
Kuali hitam berkerak pun boleh bersih

Petua kuali legend bersih berkilat
1. Rebus 8 asam keping dalam periuk yang besar (supaya senang nak rendam kuali/periuk)
2. Didihkan air asam keping sampai mendidih.
3. Masukkan kuali/periuk didalam air asam, rendam selama 10-15 minit.

4. Angkat kuali atau periuk, sejukkan dulu kemudian cuci guna sabun dan berus dawai.
5. Sewaktu sental, kurangkan penggunaan air.
6. Bila sudah bersih, bilas. Memang puas hati tengok kuali legend bertukar rupa.

Selamat mencuba
Sumber: Hidayah Abdullah
Baca Lagi: Tip Bila Beli Kuali Baru, Kena Bakar Dulu! Barulah Goreng Apapun Tak Melekat
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!

