Selain Label Plug & Wayar, Ini 6 Lagi Kegunaan Tag Roti Yang Memudahkan Kerja Kita

Share

 

Baru-baru ini viral di sosial media akan kegunaan lain tag roti sebagai label plug barangan elektrik. Tip tersebut di kongsi oleh Mohd Azrin Roselan.

Rupanya ramai yang baru tahu tentang kegunaan lain pengikat roti yang kecil ini. Tapi sebenarnya bukan itu saja, ada banyak lagi kegunaannya yang boleh membantu memudahkan urusan harian kita. Di bawah ni ada 6 lagi cara kreatif penggunaan tag roti.

1. Kemaskan wayar earphone dari berserabut dalam beg.

2. Penanda selotep atau masking tape, jadi tak perlulah kita tercari-cari puncanya.

3. Supaya gelang getah yang kita simpan dalam drawer tak bersepah, guna tag roti untuk ikat.

4. Label kunci yang jarang kita gunakan supaya kita tak lupa kunci tersebut untuk apa.

5. Guna untuk ikat kembali bungkusan makanan yang dah dibuka.

6. Pastikan wayar/kabel pada kedudukan yang kita inginkan terutama pada kabel yang selalu kita gunakan contoh pengecas telefon.

7. Ni pun boleh, tempat letak sudu supaya meja tak kotor kena jem atau kaya.

Sumber: Pinterest &  Mohd Azrin Roselan

 

IKLAN