Ramai yang semai biji benih pakai tabur saja terutama biji biji benih sawi, bayam atau pak choy atau kangkung.
Cara ini memang senang dan anak pokok pun naik elok saja. Tapi bila anak pokok dah naik atau bercambah ada perkara penting yang perlu kita buat supaya pokok membesar dengan elok tak mati.
Dikongsi oleh Harun Arun yang giat bercucuk tanam di sekitar rumah, anak pokok yang ditanam dengan cara tabur biji benih ini perlu dialihkan. Jika lewat akarnya akan bersimpul dan menyukarkan proses mengalih anak pokok.
Semai biji benih pakai tabur saja boleh tapi kena buat langkah ini
Alih sawi pakcoy Jepun, ini semai cara orang malas, main tabur saja dalam dalam kotak polisterin.
– Tip kalau semai cara begini bila anak pokok dah ada 2 helai daun nak kena pindah. Jangan biar lama dalam bekas semaian, nanti akarnya bersimpul sesama sendiri. Kalau jadi begini memang leceh, bila alih anak pokok akan tercedera & peluang hidup tak tinggi.
Ads
– Kalau dah besar begini boleh alih terus ke batas atau polibeg. Lepas alih wajib letak tempat tak kena langsung cahaya 2-3 hari. Pasang netting untuk lindung dari panas dan hujan. Ini kerana tanah pada akar dah terburai, pokok sedang stress.
Ads
– Seeloknya lepas alih spray dengan air yang dibancuh epsom salt untuk kurangkan stres pokok.
– Sebelum alih ke batas, gaul media dengan tinja ayam. Selepas 10 hari baru boleh alih anak pokok ke batas ini. Sebaiknya sediakan batas lebih awal.
Ads
-Tapi untuk situasi saya memandangkan batas baru prepare semalam, baru lepas gaul dengan tinja ayam, takut panas baja, jadi kena alih laa dulu dalam tray untuk sementara. Lagi 10 hari baru alih ke tanah.
Jika anda peminat kopi, minuman kopi latte ala kampung ini kena cuba buat di rumah.
Bila dah minum katanya boleh bikin kita ketagih dan buat berkali-kali.
Menurut Madihah Hamid kopi ini lagi sedap jika disimpan lama dalam peti sejuk. Jadi boleh sediakan satu jag terus. Sekiranya nak minum panaskan saja. Tak perlulah dah beratur dan keluar duit banyak untuk secawan latte. Minum kopi latte kampung ni saja!
Cara buat kopi latte ala kampung yang enak, bikin ketagih
Kopi latte ala kampung… Air kopi ini jadi ketagihan seisi keluarga saya. Resipi kopi ketagih;
Selalunya bila nak makan tomyam, kita makan saja di restoren. Tapi ada masanya kita nak makan tomyam yang dibuat sendiri ikut cita rasa kita.
Nak rasa masam-masam dan pedas ikut tekak kita. Kalau dah teringin begini maka buatlah sendiri. Boleh ikut cara Mastura Razali. Nak sedap guna pes tomyam yang dicadangkan ini. Buat sendiri dapat seperiuk boleh buat bihun tomyam lagi.
Buat sendiri tomyam seperiuk, kuah masam dan pedas!
Masak tomyam hari ni. Rasa nak hirup kuah masam-masa pedas, maka terhasil la tomyam seperiuk.
Bahan utama tomyam:
-Isi ayam / udang / sotong
-Carrot
-Bunga kubis
-Jagung muda
-Saleri
-Cendawan – guna cendawan enoki saja
-Bawang holland
-Bawang putih
-Lengkuas
-Serai
-Daun limau purut
-Akar ketumbar
-Tomato
-Daun ketumbar
-Susu cair
-Pes tomyam (pes ini best dan pedas jadi tak perlu masuk cili padi)
Cara membuat:
Rebus air dan masukkan akar ketumbar serta isi ayam.
2. Bila mendidih masukkan bawang, lengkuas,serai,daun limau purut.
3. Masukkan juga pes tomyam. Guna satu botol pes memandangkan botol kecil saja, lebih kurang dalam empat sudu besar.
4. Kemudian boleh masukkan sayur-sayur. Cendawan masuk akhir sekali. Masukkan sayur yang keras dulu.
5. Perasakan dengan serbuk perasa dan garam. Boleh masukkan sotong dan udang diikuti dengan susu cair.
6. Akhir sekali masukkan cendawan dan tomato. Jangan lupa juga daun ketumbar, kalau ada sos ikan boleh masukkan jika tiada abaikan.
7. Siap…Jangan lupa goreng telur dadar. Rasa macam makan kat kedai!
Bagi yang baru memulakan kehidupan berumah tangga dan tinggal menyewa, kadang kala kita berkira-kira juga untuk keluarkan bajet membeli perabot termasuklah almari.
Pertama, kemungkinan besar akan berpindah rumah sendiri dan kedua faktor bajet. Tapi masalahnya almari ini kena ada untuk pastikan pakaian kita kemas.
Bagi korang yang dalam dilema ini boleh buat rak baju bajet menggunakan bakul dan paip PVC seperti yang dikongsi oleh Ekinzaid. Memang banyak boleh isi, siap ada penyangkut baju lagi.
DIY Rak dari PVC, siap dengan penyangkut baju
Sejak kami sewa rumah kami tiada almari. Ada almari 2 pintu waktu bujang dulu saja, sekarang dah bertiga, mana muat. Jadi baju yang dah lipat susun atas lantai.
Nak beli almari mahal, maklumlah suami sorang saja kerja. Jadi terhasillah idea ini. Modal lebih kurang RM40 saja. Buat dalam 2-3 biji.
DIY bahagian penyangkut elok untuk baju baby atau kanak-kanak. Sebab baju dewasa berat.
Barang yang digunakan
PVC 96cm paip 11 batang (RM1. 60/sebatang)
2. Elbow paip 10 pcs (RM0. 41/pcs)
T-Socket paip 6 pcs (RM0. 66/pcs)
Cable tie (1 paket RM2.56/ sepeket)
Fitting D/E socket 2pcs (RM0. 47/1pcs) (Socket fitting ini untuk sambungkan supaya penyangkut tinggi.
Bakul 6pcs ( RM2.10)
Cara membuat:
Sambung paip PVC menggunakan elbow paip & T socket kemudian susun bakul dan ikat menggunakan cable tie.
Penyangkut baju tu sesuai untuk baju anak yg tak berat.
Stor di kebanyakan rumah kita adalah tempat simpan barang yang jarang digunakan atau barang yang tak mahu lagi digunakan.Ramai yang letak barang ini bertindan-tindan,...