Sembur Air Tembakau Untuk Hapus & Cegah Tanaman Kena Serangan Ulat Perosak. Ini Cara Membuatnya

Share

Selalu dengar mereka yang bercucuk tanam yang kecewa dengan tanaman habis diserang ulat, kutu dan hama.

Bagi mengelakkan tanaman terkena sekali lagi masalah ini antara semburan yang berkesan untuk digunakan untuk menghapus dan mencegah serangga perosak adalah air tembakau.

Cara menyediakan air tembakau ini dikongsi oleh D’Pro A’nas.

Cara buat semburan air tembakau untuk elak hapus dan elak serangan ulat perosak pada sayur

Bahan-bahan

Air Tembakau = 100ml / 1 batang rokok
Cuka Kayu = 3ml (boleh beli secara online/nurseri)
Sabun Pencuci = 2 kali picit/ 5ml
Penyukat 20 ml = Untuk sukat
Botol Spray = 1 Liter

Cara membuat & penggunaan

  1. Campur semua bahan dengan 1 liter air dan goncang. Siap, boleh sembur pada sasaran.

2. Cara penggunaan, sembur saja pada keseluruhan pokok dari pucuk ke bawah, batang, daun dan tanah.

3. Amalkan seminggu atau dua minggu sekali sebagai cara untuk menghapus dan benteng mencegah serangan ulat perosak.

4. Waktu sesuai untuk lakukan semburan adalah pukul 5 petang ke atas. Ini kerana serangga, kutu dan hama aktif pada waktu malam.

Hasil semburan air tembakau

 

Selamat mencuba

Sumber: D’Pro A’nas

IKLAN