Sempena hari jadinya yang ke 39 hari ini, 11 Januari, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah berkongsi ucapannya dalam media sosial.
Tahu peminat tertunggu-tunggu jantina anak yang bakal dilahirkan, dalam video tersebut Datuk Siti turut mengumumkan beliau bakal menimang cahaya mata perempuan.
“Terima kasih atas ucap selamat. Siti sangat hargai. Hadiah paling bermakna sudah tentulah zuriat yang bakal dilahirkan Mac nanti. Doakan ia sihat sempurna.
“Nak kongsi sempena birthday Siti rezeki cahaya mata kami doktor sahkan ia adalah seorang puteri
Ads
“Doakan puteri kami sihat dan sempurna dan menjadi anak yang soleha,”demikian luah Datuk Siti bersama dengan suami Datuk K dalam satu video yang dimuat naik di laman sosialnya.
Ads
Aduh tak sabar rasanya nak tengok baby Tok Ti. Mesti comel.
Semua tahu adik beradik Rozita Che Wan atau Che Ta memang cantik-cantik belaka malah bergaya. Mereka ini juga kerap menarik perhatian netizen di instagram bila selalu berkumpul untuk berposing bersama-sama.
Cuma sejak beberapa bulan lalu, salah seorang adik Che Ta iaitu Ruby Che Wan tampil berbeza daripada sebelum ini.
Jika dulu Ruby yang juga isteri Lan Pet-Pet ini bergaya ranggi tapi sejak kepulangannya dari mengerjakan ibadah haji tahun lalu tudung litup yang labuh mengganti imej lamanya.
Memang sejuk mata memandang penampilan baru Founder Putih Ajaib by RCW ini. Malah netizen juga memuji imej baru Ruby yang dilihat cukup manis dan makin cantik meskipun tidak bermekap.
Ruby dan Lan Pet-Pet berangkat ke Makkah pada hari ulangtahun perkahwinan mereka dan ia diibaratkan sebagai hadiah yang paling istimewa buat keduanya.
Ternyata pemergiaannya ke tanah suci untuk menunaikan rukun Islam kelima itu memberi impak yang besar buat Ruby.
Sejak kelmarin viral di laman sosial video pengantin lelaki yang gementar malah mengalirkan air mata ketika hendak memegang tangan isterinya kali pertama selepas ijab dan kabul untuk menyarungkan cincin perkahwinan mereka.
Video tersebut dimuat naik oleh pelakon terkenal Fasha Sandha dalam instagram miliknya semalam dengan caption berharap agar mendapat jodoh dengan lelaki yang baik seperti di dalam video tersebut.
Status tersebut mendapat reaksi ramai netizen yang mengaminkan doakan Fasha Sandha selain mendoakan jodoh pasangan dalam video berdurasi seminit itu berkekalan.
Dalam pada itu sebenarnya ramai yang tertanya-tanya siapa gerangan pengantin lelaki dan perempuan tersebut.
Video pernikahan itu adalah milik pasangan Nurul Hidayah Zaini dan suaminya Mohd Jazlan Mohd Jan. Malah ia pernah viral sebelum ini.
A post shared by محمد جزلان ? (@nurulhidayahzaini) on
Ia dirakam selepas majlis akad nikah mereka hampir setahun yang lalu. Mengimbas jodoh pasangan ini, keduanya dipertemukan buat kali pertama oleh ibu bapa Nurul Hidayah di Masjid Nabawi.
Tidak bercinta seperti pasangan muda mudi sekarang, Nurul Hidayah dan Jazlan berkenalan hanya seketika sebelum melangsungkan pernikahan Julai tahun lalu.
Tidak hairanlah jika Jazlan yang ketika ini masih menuntut di Arab Saudi begitu gementar untuk menyarungkan cincin ketika upacara membatalkan air sembahyang.”
“Cemas sikit masa nak pegang tu, saya tak pernah pegang tangan perempuan seumur hidup saya,”kata Jazlan memetik status Nurul Hidayah ketika mengimbas kembali video pernikahan mereka yang baru-baru ini tular di Indonesia pula.
Selepas setahun mendirikan rumah tangga, berikut dikongsi foto pasangan ini dan sama-sama kita doakan kebahagiaan mereka hingga ke jannah.
Kelahiran cahaya mata seharus menambah kebahagiaan, namun ketentuan Tuhan siapa dapat menduga. Mohd Kaharuddin Abdul Rahman, penjaga gol skuad Negeri Sembilan harus redha dengan takdir Ilahi bila isteri yang baru bersalin serta anak yang baru dilahirkan meninggal dunia akibat komplikasi.
Berita itu dikongsi oleh Persatuan Pemain-pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFA Malaysia) semalam melalui laman sosial mereka.
Namun apa yang membuat hati rasa sayu bila membaca luahan hati Mohd Kaharudin dalam instagram yang ternyata tidak dapat membendung perasaan rindu pada arwah isterinya.
Sama sama kita doakan ketabahan Mohd Kaharudin, dan semoga arwah isteri dan anaknya di tempatkan kalangan penghuni syurga.
Tiga pemancing ditahan selepas memasuki zon larangan di bawah Jambatan Pulau Pinang, sekali gus mengingatkan orang ramai supaya mematuhi kawasan yang diwartakan.