Semua Perabot Kayu Dalam Rumah Buat Sendiri, Hasil Kerja Tangan & Deko Suami Isteri Memang Wow!

Share

Melihat perkongsian foto kediaman Akmalaily Akman seakan melihat katalog Ikea. Memang boleh jadi terapi mata orang perempuan.

Mendiami kediaman rumah rakyat tapi sentuhan dekorasinya cukup cantik walau pun ringkas.

Lagi buat ramai kagum semua perabot kayu yang ada di kediaman ini adalah hasil DIY atau kerja tangan suami isteri dari pada meja, kabinet dapur, rak, hiasan dinding malah permainan anak.

Berikut hasil kerja tangan pasangan ini yang boleh jadi inspirasi.

Semua perabot kayu DIY, jimat sekali boleh!

Deko raya PKP 2021 di rumah mesra rakyat. Macam biasa, semua perabot, rak, kerusi meja, mainan anak anak yang berasaskan kayu, suami kesayangan & diri sendiri yang DIY. Konsep deko kami, praktikal & jimat selagi boleh jimat.

Meja dan kerusi dari kayu pallet dan kayu papan rumah arwah datuk.
Kos wainscoting, kayu RM36, gam RM7, paku RM2, cat guna apa yang ada. Rak dan kerusi DIY juga
Ruang tamu cermin & meja tepi DIY, yang lain beli
Asalnya rak anak, makeover jadi rak TV
Mainan anak pun buat sendiri.

Rak dan meja di dapur daripada kayu juga

 

Rumah kucing pun ada

Memang terbaik hasil kerja tangan suami isteri ini, berseni. Cantik semuanya.

Sumber: Akmalaily Akman

 

IKLAN