Ada yang panggil bepang kacang, ada juga yang paling panggil kacang potong. Tapi apa pun namanya, snek tradisi ini memang sedap kerana manis dan rangup.
Bepang kacang ini memang boleh sangat kita buat sendiri terutama kalau mahu mengurangkan kadar kemanisannya. Cara membuat senang rupanya dan dikongsi Norbaizura Saad.
Buat sendiri bepang kacang
Bahan-bahan
1 cawan kacang tanah – sangai tanpa minyak dan buang kulit
1 cawan gula
1/2 cawan bijan – sangai tanpa minyak (agak agak kuning lembut, jangan garing)
2 sudu minyak masak
Ads
Cara membuat
1. Tumbuk kacang yang dah disangai dan dibuang kulit. Tumbuk sekadar pecah saja, jangan hancur. Ketepikan
2. Masak gula dalam kuali macam buat gula hangus dan masukkan 2 sudu minyak masak (boleh juga guna marjerin).
Ads
3. Bila gula dah hancur, masukkan kacang yang ditumbuk berserta bijan. Kacau kemudian tutup api.
4. Terus tuang dalam talam, gunakan talam besi bukan talam plastik ya. Tekan-tekan supaya rata.
Ads
5. Bila dah rata, terus potong sebelum bepang mengeras. Selepas dah keras, patahkan mengikut potongan tadi. Siap!
Kena langgar dengan kenderaan tiada insurans memang malang. Tambah pula bila si pelanggar lepas tangan dan kata “bukan salah dia”.
Nak pergi hospital pun kena keluar duit sendiri? Memang rasa tak adil, kan?
Ramai tak tahu, sebenarnya kita masih boleh buat tuntutan. Bukan pada orang yang langgar, tapi kepada satu badan khas bernama Motor Insurers’ Bureau (MIB). Fungsi MIB adalah untuk bantu mangsa kemalangan yang dilanggar oleh kenderaan tiada insurans aktif.
Apa Itu MIB Dan Dari Mana Duit Mereka?
MIB bukan syarikat insurans. Ia adalah sebuah tabung khas yang dikawal selia oleh industri insurans sendiri. Setiap syarikat insurans di Malaysia wajib mencarum ke dalam MIB setiap tahun untuk lindungi pengguna jalanraya dalam situasi seperti ini.
Syarat Penting Sebelum Buat Tuntutan:
Claim mesti dibuat dalam tempoh 3 tahun selepas kejadian.
-Mesti tahu nombor plat kenderaan yang langgar (tak boleh kes langgar lari).
Anda boleh buat claim sendiri atau melalui peguam.
Jika saman nak difailkan, kena maklumkan kepada MIB 30 hari lebih awal.
Hanya kecederaan sahaja boleh dituntut — harta benda, kereta rosak, pendapatan hilang semua tak cover.
Jumlah pampasan ditentukan oleh pihak MIB sendiri.
Dokumen Diperlukan Untuk Tuntutan
Surat rasmi kepada MIB: nyatakan kejadian, sebab tuntutan dan senarai dokumen disertakan.
Salinan report polis.
Salinan report polis kenderaan pelanggar (jika ada).
Laporan perubatan dari hospital atau klinik.
Hantar Semua Dokumen Ke Alamat Berikut
Motor Insurers’ Bureau of West Malaysia
Wisma PIAM
No.150-3, 3rd Floor
Jalan Tun Sambanthan, Brickfields
50782 Kuala Lumpur
Tel: 03-2274 7395
Walaupun kita dah berhati-hati di jalan raya, nasib buruk boleh berlaku. Bila dah tahu hak, jangan diam diri. Bertindak ikut saluran yang betul.
Waffle antara makanan yang jadi kegemaran anak-anak dan orang dewasa juga. Sebab itu ramai yang membeli waffle maker untuk membuatnya sendiri di rumah.
Cuma untuk memastikan kita dapat hasil waffle yang rangup, sedap kena tahu cara membancuh adunan yang betul. Salah satu yang boleh diikuti adalah yang yang dikongsi oleh Nor Asiah.
Adunan ini menghasilkan waffle yang sedap dan rangup macam yang kita selalu beli. Garing di luar tapi lembut di dalam. Kelebihan buat sendiri waffle isinya boleh letak apa yang kita suka.
Cara buat waffle yang sedap, garing di luar lembut di dalam
Bahan-bahan
3 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan air ATAU 1 cawan susu full cream + 1 1/2 air
3/4 cawan minyak masak/butter cair
2 biji telur
Sedikit esen vanila
2 sudu makan susu tepung
3 sudu gula kastor
1/2 sudu teh garam
1 sudu makan baking powder
1/4 sudu teh baking soda
Cara membuat
1.Masuk semua bahan dalam mangkuk, pukul hingga sebati
2.Biar adunan 10-15 minit
3.Tuang adunan dalam bekas waffle. Biar hingga masak (saya letak suhu maksimum, tengok dah garing boleh angkat).
Ini jenama yang saya guna.
4. Dah garing angkat dan sapu inti yang disukai. Hasil waffle memang sedap, rangup. Garing di luar, lembut di dalam.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...