Ramai kaum wanita mengalami masalah rahim seperti cyst, fibroid dan endometriosis tapi malangnya tidak menyedarinya.

Simptom penyakit seperti pendarahan yang banyak, senggugut kronik, perut semakin membuncit, sakit ketika hubungan intim dan kencing terlalu kerap diabaikan sehinggalah ia menjadi serius malah sehingga ada yang terpaksa dibuang rahim.

Sebelum berlaku perkara sebegini eloklah perkara ini ia dicegah dari awal. Menurut Dr Hamid Arshat, ada beberapa tips pemakanan yang yang boleh dipraktikkan buat pesakit mengalami masalah peranakan seperti cyst, fibroid dan endometriosis yang mana boleh pulih dengan penjagaan makanan yang betul.

Berpunca dari hormon estrogen berlebihan

 

IKLAN

Senarai Makanan Ini Bantu Kecutkan Cyst & Fibroid Pada Rahim Wanita

Ketumbuhan seperti cyst, fibroid atau kanser berpunca dari hormon estrogen yang berlebihan dalam badan wanita. Oleh itu makanan yang di ambil oleh setiap pesakit perlulah dapat mengurangkan penghasilan hormon estrogen berlebihan. Masalah ini dapat diatasi sekiranya wanita peka dengan penjagaan makanan yang betul.

Berikut merupakan senarai pemakanan yang disarankan oleh Dr Hamid Arshad. Ambil makanan yang bertindak sebagai anti estrogen. Makanan-makanan ini mengandungi aromatase inhibitor yang akan menghalang pembentukan estrogen.

IKLAN
  • Buah delima
  • Sayur-sayuran seperti brokoli, kobis, califlour, bak choy, lobak putih
  • Minyak zaiton
  • Cendawan
  • Anggur merah
  • Oats
  • Teh hijau
  • Buah-buahan citrous seperti lemon, limau nipis
  • Kacang almond, walnut, peanuts, gajus
  • Bawang merah

Senarai Makanan Ini Bantu Kecutkan Cyst & Fibroid Pada Rahim Wanita

 

Senarai Makanan Ini Bantu Kecutkan Cyst & Fibroid Pada Rahim Wanita

IKLAN

Perlu ambil suplemen

  • Bawang merah
  • Kunyit
  • Spirulina, chorella
  • Sayuran hijau seperti sawi, bayam, salad
  • Minyak kelapa dara
  • Bawang putih
  • Kucai dan saleri
  • Berries – blueberries, black currant.
  • Maca
  • Fax seeds
  • Makanan fermented – yogurt, tapai, kimchi

Selain dari senarai makanan yang dicadangkan ini, kaum wanita juga disarankan supaya mengambil suplemen untuk mempercepatkan kesembuhan seperti vitamin C, vitamin E, kalsium, multivitamin, minyak ikan omega 3.

Selain itu:  Doa Korang Amat Bermakna, Saya Akan Ingat Sampai Bila Bila, Siti Elizad Jalani Pembedahan Cyst 8 cm, Cuti Sebulan

Sumber: Sinar, Dr Hamid Arshat

 

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI