Bila usia kereta dah lama sikit, lebih dari 5 tahun bukan saja keadaan cat pudar tapi juga lampu kereta.
Lampu kereta terutama bahagian depan akan nampak kedam. Selain akan buat kereta nampak lama, ia juga menyebabkan cahaya lampu kurang jelas.
Memang boleh dikilatkan kembali di car wash, bengkel atau pusat aksesori kereta tapi kalau nak jimat kita boleh DIY untuk kilatkan kembali.
Ada banyak cara yang dikongsi antaranya guna kertas pasir dan produk khas. Tapi cara yang dikongsi oleh pengguna Tik Tok Ridzuan Zubir ini memang lebih mudah.
Cuma sental lampu kereta yang kedam ini menggunakan lemon dan baking soda. Caranya
1. Belah dua buah lemon.
Ads
2. Kemudian tabur serbuk baking soda atas permukaan lemon yang dibelah.
3. Sental pada semua bahagian lampu sehingga lampu nampak terang dan berkilat semula. Boleh tambah serbuk baking soda hingga dapat hasil yang diingini.
Ads
4. Siram dengan air. Hasilnya akan nampak serta merta. Berkilat!
Dah memandu dengan cermat namun malang tidak berbau kita terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta. Kereta remuk malah diri sendiri pun kecederaan hingga patah kaki.
Bila terjadi kemalangan begini kita biasanya akan menuntut ganti rugi Insurans Pihak Ketiga daripada pelanggar.
Tapi macam mana kalau pihak yang melanggar tiada perlindungan insurans? Lebih serius, pihak yang melanggar tidak punya wang untuk membayar kerosakan atau pun bil untuk rawatan anda. Jadi apa yang perlu kita buat?
Mungkin ramai tak tahu sekiranya pihak pelanggar tersebut tidak mempunyai perlindungan insurans, anda boleh menuntut ganti rugi menerusi Motor Insurers’ Bureau of West Malaysia yang lebih dikenali dengan MIB.
Berikut adalah cara-cara untuk anda tuntut ganti rugi jika dilanggar oleh kenderaan yang tidak mempunyai insuran.
Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
Hantar dokumen lengkap tersebut ke alamat berikut:
Motor Insurers’ Bureau Of West Malaysia
Wisma Piam, No. 150-3, 3rd Floor, Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, 50782, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, 50782 Kuala Lumpur, Malaysia
No Tel : +60 3-2274 7395
Jumlah bayaran yang diberikan oleh pihak MIB adalah tertakluk kepada pertimbangan MIB dan berkemungkinan besar pampasan yang diterima tidaklah sebanyak yang kita jangkakan daripada polisi insurans pihak ketiga. Tapi lebih baik daripada tiada apa-apa langsung kan?
Cuaca di negara kita yang selalu panas berserta hujan menyebabkan ramai yang memilih menambah awning di kediaman sama ada di depan atau belakang rumah. Mudah untuk letak kereta atau jemur baju.
Cuma sekarang ada banyak jenis awning atau sengkuap yang tersedia menyebabkan kita keliru memilih mana satu yang terbaik dan mengikut bajet. Bagi yang bercadang nak membina awning di rumah info yang dikongsi oleh Lee Wai Wan boleh dijadikan rujukan.
Sengkuap adalah merupakan atap yang dipasang di rusuk atau di belakang rumah (sebagai tambahan sahaja): malam hari, bukan tidur di lepau atau di dalam rumah (Kamus Dewan).
Sengkuap ini boleh dibuat menggunakan pelbagai jenis bahan bergantung pada bajet serta selera tuan rumah. Berikut adalah jenis-jenis awning:-
Awning jenis ini adalah diperbuat menggunakan PPGI, Zincalume ataupun Aluzinc dengan ketebalan yang berlainan. Lagi tebal, lagi tahan lama serta tahan kemek apabila seseorang naik ke atas untuk kerja ataupun melakukan kerja penyelenggaraan seperti servis compressor pendingin hawa. Ia lebih bising apabila hujan. Sebaiknya dipasang satu keping panjang tanpa sambungan untuk elakkan bocor.
Ia diperbuat dari PPGI, Zincalume ataupun Alurzinc di mana ia tidak mempunyai sebarang skru di bahagian atas. Ia mempunyai klip yang terletak di bawahnya dan dipasang dengan meletak kepingan bumbung ini atas klip dan ia akan memegang bumbung itu dengan kukuh. Bumbung ini sesuai untuk kadar kecerunan yang rendah. Ia tidak sesuai untuk dibuat sambungan secara memanjang.
Ia mempunyai pelbagai jenis kombinasi seperti PU PVC, PU Metal serta PU Aluminium. Jenis ini kurang sikit bising semasa hujan berbanding dengan metal deck biasa.
Polycarbonate mempunyai 2 jenis iaitu jenis hollow dan solid. Ia diperbuat dari plastik. Jangka hayat polycarbonate adalah lebih kurang 5 tahun. Apabila ia mula rosak, ia akan reput disebabkan oleh kesan UV dan jatuh sedikit demi sedikit. Semasa petang, anda akan dengar bunyi klik klak sebab ia sedang mengembang dan mengecut. Ia mempunyai jenis yang panas dan ada juga jenis yang tidak terlalu panas.
Ia adalah jenis bahan lama yang datang dalam kepingan yang besar. Kebaikannya adalah ia tidak bising semasa hujan tetapi apabila ditiup angin, ia akan terangkat sedikit demi sedikit kerana tukang menggunakan paku untuk memaku pada rangka kayu menyebabkan bahagian paku akan bocor. Perlu berhati-hati semasa berjalan di atasnya terutamanya bumbung yang telah lama dipasang. Ia rapuh dan silap pijak, akan jatuh ke bawah.
Kebiasaan digunakan apabila menginginkan kadar cahaya yang banyak. Sesuai sekiranya anda ingin menjadikannya tempat menyidai kain kerana ia amat panas. Cuma ia tidak tahan lama. Lebih kurang 3 tahun akan mula rapuh. Lagi teruk sekiranya terdapat kucing atau musang yang suka bersantai di atasnya, maka kemungkinan ia akan retak adalah lebih tinggi.
Kaca jenis tempered kebiasaan digunakan serta jenis yang double layer. Ia dipasang kerana Tuan rumah ingin menikmati kadar cahaya yang cukup, nampak lebih kelas serta boleh menikmati keadaan sekeliling yang indah. Kekurangannya adalah ia mudah kelihatan sekiranya terdapat kotoran di atasnya serta amat panas. Selain cahaya, ia juga akan menyebabkan kawasan di bawahnya panas.
Ia boleh diperbuat dari pelbagai jenis bahan. Ada yang diperbuat dari kain dan ada yang diperbuat dari PU polyester. Ada jenis yang diikat pada cangkuk khas manakala ada jenis yang boleh dilipat menggunakan kawalan remote ataupun dipasang pada rangka khas. Cuma jenis ini akan berlubang di sana sini selepas satu ketika bergantung pada kualiti bahan yang digunakan.
ACP diperbuat dari kepingan Aluminium dan dibahagian tengahnya adalah low density polythene. Ia tahan dengan keadaan cuaca. Ia tidak sebising seperti Metal deck semasa hujan.
NOTA: Dalam semua jenis sengkuap yang dipasang, sering kali kami jumpa satu masalah yang sama iaitu masalah bocor di bahagian sambungan di antara dinding dengan awning kerana tidak diletak sebarang flashing tetapi hanya letak silikon ataupun jika letak pun hanyalah paku pada dinding dan letak silikon.
Puas hati kalau selepas mop lantai nampak permukaan bersih berkilat. Tapi selalu terjadi walau sudah dimop tetap tak nampak berkilat malah melekit pula.
Berikut ada tip yang dikongsi oleh Mizs Lynda untuk memastikan lantai rumah bersih an berkilat selepas dimop.
“Saya suka tengok kalau lantai rumah berkilat. Selagi tak kilat selagi tu tak sah,”ujarnya.
Kata beliau seminggu sekali ia akan membersihkan lantai rumah dengan cara di bawah ini
1. Tuang air panas suam dalam baldi.
2. Campurkan dengan satu penutup cecair pelembut pakaian (Downy) bersama 5 titis cuka. Kacau.
3. Kemudian boleh mop satu rumah.
Hasilnya lantai akan bersih berkilat. Tapi katanya elakkan guna cuka makan banyak kerana akan menyebabkan lantai melekit.
Selain daripada rutin ini, katanya beliau untuk akan mengemop lantai menggunakan pencuci lantai biasa setiap hari.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...