Serabut Bilik Penuh Barang, Idea Wanita Ini Bina Mini Stor Dalam Bilik Memang Kreatif. Terus Nampak Kemas

Share

Kalau rumah yang diduduki tidak ada ruang stor kita memang terpaksa korbankan bilik untuk simpan barang. Akibatnya bilik akan nampak serabut.

Perkara yang sama dihadapi oleh Suri Hatimu, yang kemudian berkongsi ideanya membina ruang khas di dalam bilik tidurnya untuk menyimpan barang.

Hasilnya memang terbaik, barang dalam bilik tak nampak. Bilik pun jadi kemas. Barulah tenang untuk beradu. Kalau ada yang nak buat idea yang sama boleh baca perkongsian beliau.

Bilik tidur vs bilik stor

Dengan ruang rumah yang terhad, bilik tidur cuma ada 3 saja. Bilik utama ruang agak luas, bilik tengah anak perempuan dan bilik ketiga anak lelaki jadik bilik utamalah yg terpaksa jadik bilik stor vs bilik tidur.

Bila masuk bilik tidur rasa takde hati, bosan kemas macam mana sekalipun tetap nampak selekeh, tak teratur. Nak buang semua barang penting dan ada gunanya jadik terpaksalah pendam perasaan.

Bila kerajaan istiharkan PKPB balik dan masa banyak dihabiskan di rumah terus keluarkan semua barang barang bilik dan mulakan operasi mendeko dan mencantikkan bilik tidur sendiri.

1. Keluarkan barang dan cat dulu

2. Kemudian buat rangka guna kayu & plywood

Beli kayu untuk buat rangka dalam 6 batang, ikut berapa ketinggian penghadang. Kemudian baru lah drill ke dinding. Rangka kena pastikan kukuh barulah pasang plywood. Saya gunakan 2 keping.

3. Cat dan tampal bahagian bawah dengan wall paper. Kalau ada bajet boleh buat sampai atas. Untuk bahagian ini bajet cuma RM200.

4. Dah nampak perubahan.

Masukkan semula barang dalam bilik. Mini stor ini muat-muat untuk seorang masuk. Jadi barang kena label dan susun elok supaya senang cari. Sebelum itu alang-alang pasang sekali lantai vinyl.

5. Tukar kedudukan kepala katil.

6. Sudut ini lagi jelas, tukar cadar patchwork untuk lebih selesa.

Barang-barang yang penuh bilik sebelum ini dah tak nampak. Boleh mula deko.

6. Bahagian hujung katil masih ada ruang.

7. Mini stor ini tiada pintu, bahagian tepi letak rak buat sendiri untuk letak barang yang selalu digunakan seperti cadar, comforter dan tuala.

Menarik kan idea mini stor dalam bilik ni. Dah siap terus bilik nampak kemas dan selesa.

Sumber: Suri Hatimu

IKLAN