Siang Penggubah Bunga, Malam Jadi Runner. Walaupun Dianggap Bahaya Tapi Ini Cara Terbaik Redakan Stres

Share

 

 

 

Aktviti berlari pada waktu malam meskipun ada yang mengatakan agak bahaya namun ia semakin diterima sebagai salah satu aktiviti kecergasan hari ini.

Malah bagi Umi Atiqah Kamaludin. 26 dia sudah memulakan aktiviti berlari dan turun naik bukit (trail running) sejak dua tahun lalu. Apa yang menariknya sebelah siang gadis ini adalah  seorang penggubah bunga.

Hobi berlari ini pernah membawanya menyertai beberapa acara  seperti Bali Marathon dan Janda Baik Ultra. Ujar Umi selain berlari untuk memastikan tubuh badan sihat ia juga adalah untuk meredakan stres..

 

1.Kenapa suka buat aktiviti fizikal terutamanya berlari?

Antara sebab utama saya suka berlari adalah bagi saya berlari merupakan “stress-reliever”. Saya juga berbasikal tapi berlari lebih menyeronokkan.

2.Bila turun naik bukit apa anda rasa bila buat aktiviti macam ni?

Bagi saya berlari di dalam hutan dan naik turun bukit (trail running) adalah sesuatu yang sangat seronok tapi ianya quite technical, kita perlu sentiasa menjaga form untuk mengelakkan kecederaan semasa berlari. Saya juga sangat suka melihat pemandangan ketika trail running. Ianya memenatkan kerana perlu mendaki, tetapi bagi saya pengalamannya memuaskan!

Lari turun naik bukit.

3.Apa manfaat yang anda dapat dengan aktiviti ini?

Dengan berlari, saya rasa tubuh badan lebih sihat. Dan dengan membuat aktiviti ini, saya juga dapat meet new friends dari tempat yang berlainan. Ada yang dari Pulau Pinang, Johor dan Jakarta. Kita sama-sama bertukar pendapat dan saling memberi motivasi dengan cara melakukan aktiviti fizikal bersama-sama.

4.Selalunya aktiviti berlari dilakukan dengan siapa?

Saya selalu berlari dengan running crew Kyserunkrew. Saya mula berlari dengan mereka sejak tahun 2016. Kelebihan berlari dengan krew adalah mereka sentiasa memberi tip dan motivasi. Seronok berlari ramai-ramai. Kalau sendirian, cepat bosan.

5.Apa persediaan yang perlu seseorang itu lakukan sebelum berlari?

Pastikan pemakanan betul. Saya elakkan makanan yang pedas beberapa jam sebelum berlari. Selain itu sebelum berlari kita kena buat dynamic stretches. Ini benda wajib kena buat sebelum berlari untuk elak kecederaan otot. Selain itu, bersediaan penting juga ialah memakai pakaian sesuai dan kasut yang sedap dipakai untuk berlari.

Pakai kasut selesa untuk berlari.

6. Bagaimana rutin pemakanan yang anda amalkan untuk kekal sihat?

Pemakanan ialah salah satu cara untuk penjagaan kesihatan secara dalaman. Kita kena jaga makan untuk elakkan badan mudah mendapat penyakit. Tak guna juga jika kita buat aktiviti fizikal tapi tak jaga makan. Saya cuba mengelakkan penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi dengan ambil makanan kurang manis serta kurang masin. Saya makan dalam 3-4 kali sehari tapi semuanya in small portions dan kurang nasi. Saya juga cuba untuk tidak makan lewat malam.

7.Lokasi kegemaran

Kalau untuk berlari tempat yang saya suka di Stadium Matsushita (Shah Alam) ataupun di Hartamas. Kalau untuk trail running, di Bukit Gasing. Tempat-tempat ni best untuk berlari.

8.Tip untuk yang baru mencuba

Bagi saya, bagi orang yang baru nak mula, anda kena mulakan dengan “start slow” dahulu. Jangan naikkan mileage secara mendadak untuk mengelakkan kecederaan. Cuba cari kawan-kawan untuk buat bersama ataupun boleh join running crews jadi tak rasa bosan. Motivasi pun tak merudum.

 

Antara bentuk senaman yang gemar dilakukan.

9. Tip untuk elak kejadian tak diingini lebih-lebih lagi untuk orang perempuan

Kalau boleh cuba elakkan jogging/berlari di kawasan yang tersorok. Dan jika berlari seorang, cuba elakkan memakai earphone di dua-dua belah telinga supaya boleh peka dengan keadaan sekeliling.

 

Sumber: Umi Atiqah

IKLAN