Siat, Gaul & Goreng! Kerepek Jejari Ketam, Jajan Sedap Paling Senang Buat!

Share

Dalam tempoh kita lebih banyak duduk di rumah ini memang kena sediakan lebih makanan termasuk jajan.

Tapi takkan semua jajan nak beli, kalau ada yang mudah elok buat sendiri. Antaranya Kerepek ketam perkongsian Nana Zam

Memang senang nak buat, cuma perlu siat, gaul dan goreng. Siap! Jajan rangup ini ralit kita makan sambil tengok TV.

Buat sendiri kerepek jejari ketam rangup

Bahan-bahan:

Jejari ketam/ crab stick
Serbuk kari
Daun kari
Kiub ayam

Cara membuat:

  1. Siat jejari ketam, kuantiti ikut cita rasa.

2. Gaul dengan serbuk kari, daun kari dan kiub ayam. Untuk 1kg ketam boleh guna dua sudu besar serbuk kari.

3. Goreng api sederhana sampai garing. Guna minyak yang banyak ya.

Dah angkat, tunggu sejuk sebelum masuk dalam bekas kedap udara. Siap!

Selamat mencuba!

Sumber: Nana Zam

IKLAN