Korang balik kampung raya-raya ni sambil mengemas rumah tu mesti jumpa gambar-gambar lama menggamit memori kan?
Kalau nak abadikan kenangan gambar lama dalam bentuk digital, pakai saja app #PhotoScan by Google Photos.
Lepas install, ikut arahan yang diberikan.
Ads
Mula-mula tangkap gambar penuh, lepas tu tangkap gambar setiap bucu. Tak payah risau pasal senget-benget, silau-milau. Nanti pandailah dia punya AI susun balik bagi cantik. Kualiti memang puas hati, dah macam scan pakai scanner je.
Bolehlah lepas ni korang tangkap gambar graduasi tadika korang simpan dalam telefon. Buat modal eksen kat pak menteri dan para penyokongnya masa raya nanti.
Ini antara hasilnya. Terima kasih Bijen Mohd atas perkongsian.
Kalau suka makan ulam-ulaman boleh jadikan kacang renek atau kacang duduk ini sebagai tanaman di rumah. Rasanya macam kacang panjang biasa tapi lebih manis.
Kelebihan tanam kacang jenis ini berbanding kacang panjang biasa, kacang renek ini mudah hidup dan tak perlu banyak tanah.
Boleh ditanam dalam pasu saja malah yang duduk di apartment kalau nak tanam pun boleh. Ia juga tak perlukan junjung atau pancang. Hasil pun cepat 2 bulan dah boleh tuai.
1. Benih kacang renek atau kacang duduk secara online di Shopee.
2. Cambahkan biji benih kemudian alih dalam pasu. Boleh letak dalam 3 anak benih dalam satu pasu.
3. Siram setiap hari dan pokok ini perlukan cahaya matahari terus.
4. Dalam tempoh 2 bulan boleh tuai hasilnya. Bila kacang dah matang, jangan biar lama terus tuai.
5. Tip supaya pokok kacang berbuah banyak kali, selepas habis berbuah, buang semua daun yang kering dan letak baja supaya naik pucuk baru dan berbuah lagi.
6. Sebaiknya letak di tempat pasu di tempat yang sedikit tinggi bila berbuah supaya kacang tak terkena tanah.
Bagi yang ada pesakit gout dalam rumah, memang serba salah nak menyediakan hidangan berasas daging yang tinggi purine ini. Takut termakan, gout menyerang.
Namun begitu menurut Principal Scientist, Dr Suri Roowi ada beberapa kaedah memasak yang boleh digunakan pakai untuk menurunkan kandungan purine tinggi penyebab gout. Jadi bolehlah cuba.
Bagi pesakit gout, kandungan purine yang tinggi dalam makanan boleh sebabkan gout. Bahan ini hadir dalam makanan dan kuantitinya bergantung kepada teknik memasak. Contohnya;
1. Teknik memotong daging
Daging yang dipotong kecil-kecil @ daging hancur (minced meat) lebih rendah kandungan purine berbanding daging yang dipotong besar-besar.
2. Membilas
Teknik membilas diikuti dengan memasak makanan akan kurangkan jumlah purine.
Kajian menunjukkan membilas daging lembu menggunakan air dan daging pada nisbah 5 : 1 selama 5 minit diikuti dengan alirkan dengan air mengalir akan turunkan kandungan purine sebanyak 25%.
Kajian lain juga menunjukkan jumlah kandungan purine daging lembu menurun dengan ketara dari 8.6 kepada 5.2 mg/g protein selepas dibilas. Selepas membilas dan memasak penurunan yang lebih besar dilihat antara 4.6 mg/g protein.
Sampel ayam belanda tanah tidak menunjukkan perubahan ketara selepas dibilas, tetapi penurunan ketara dilihat selepas dibilas dan dimasak. Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan bahawa membilas makanan di dalam air berkesan mengurangkan jumlah kandungan purin dan memasak seterusnya selepas membilas menghasilkan pengurangan jumlah kandungan purin yang lebih besar.
3.Teknik Memasak
Merebus makanan lebih baik berbanding kukus dan memasak gelombang mikro.
Kajian menunjukkan bahan purine dalam ikan tilapia menurun daripada 46% kepada 25% setelah direbus dan dikukus selama lebih 30 min.
Sebaliknya, hanya 17% purine telah hilang jika dimasak dengan microwave selama 7 minit. Bahan purine dalam ikan yang digoreng pula didapati lebih tinggi. Walau bagaimanapun, mendidih ikan yang sama akan mengurangkan tahap purine.
4. Masa memasak
Masa memasak juga mempengaruhi kandungan bahan purine. Kajian menunjukkan memasak sup cendawan pada masa lama akan hasilkan bahan purine lebih banyak.
NOTA: Selain daging, makanan laut dan organ dalaman juga adalah antara sumber makanan tinggi purine yang boleh menyebabkan asid urik punca masalah gout.
Bila semua kena duduk rumah, mulalah kerja nak makan saja. Jadi mak mak kena standby makanan termasuklah jajan untuk anak.
Salah satu yang boleh kita buat sendiri adalah cookies ini. Sedap dan rangup, paling best senang nak buat sebab resipi dalam sukatan cawan.
Resipi perkongsian Hazlita Ishak yang diambil dari Ina Azlina memang kita kena cuba!
Bahan A
150g butter/majerin
1/2 cawan gula perang halus
1 penutup esen vanila
2 sb madu
Bahan B
1 sk baking powder
1/2 sk soda bikarbonat
1 sb tepung beras
1 sb tepung jagung
Bahan C
1 1/2 cawan tepung gandum
Bahan D
2 sb susu tepung
Bahan E
1/2 cawan Nestum
1/2 cawan coklat chips
1/2 cawan almond nips/strip
1. Whisk rata bahan A. Masukan bahan B, whisk lagi bagi rata. Masukan bahan C, sedikit demi sedikit kacau rata. Masukan bahan D, gaul rata. Masukkan bahan E, gaul lagi bagi rata.
2. Kalau adunan agak berderai tambah butter/majerin sikit sikit hingga adunan elok tak berderai. Kemudian simpan dalam peti ais selama 30 minit. Ambik adunan sejemput sejemput atau guna sudu. Susun atas dulang pembakar.
3. Panaskan oven 10 minit suhu 160. Bakar adunan selama 30-35 minit ikut oven masing masing. Masak biskut ni kena api slow ye. Dan biskut ni jugak, masa panas dia agak lembut, bila dah sejuk dia baru keras elok, kalau gigit terasa rangup sangat.
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...