Kita suka makan pedas tapi ada pulak dalam rumah yang kurang pedas. Supaya tak kena masak banyak lauk, caranya sediakan siap-siap sambal padang ini.
Senang kerja bila dah ada sambal segera ini, buat satu atau dua lauk ceduk sambal ini untuk puaskan cita rasa pedas kita dan makan lauk yang ada. Setel masalah.
Cara nak membuatnya juga mudah saja dan dikongsi oleh Khabbab Jamaludin.
Buat sambal padang, teknik supaya tak perlu masak banyak lauk
Kalau di rumah ada yang kurang pedas, terutama anak-anak sambal ini kena buat supaya tak perlu banyak lauk. Caranya;
1.Kisar semua bahan bahan dalam gambar, kuantiti terpulang.
Bawang besar sikit
Bawang putih sikit
Cili Merah
Cili Hijau (lebih murah)
Cili Api
Ads
2. Masukkan semua dalam blender, tambah air sikit. Kisar kasar jangan hancur.
3. Panaskan minyak (betul-betul panas) dan tumis bahan kisar. Minyak lebih kurang separuh dari jumlah bahan kisar tadi.
4. Bila warna cili dah bertukar sikit, perlahankan api. Tutup guna tudung periuk atau yang sesuai. Kacau sekejap-sekejap.
Ads
5. Bila hampir kesemua permukaan dah tertutup sikit sikit dengan minyak
masukkan asam keping, gula, garam dan daun limau purut. Boleh juga masukkan serbuk perasa. Kacau dan tutup sekejap.
6. Selepas 5 minit boleh tutup api.
7. Sambal ini memang nampak berminyak tapi itulah yang buat sambal tahan lama. Selepas sambal sejuk masukkan dalam bekas kaca dan letak dalam peti sejuk (bukan beku).
Ads
8. Bila nak makan, senduk masuk dalam mangkuk dan panaskan dalam microwave 1 minit. Dah boleh makan.
Guna sambal untuk ayam kunyit.
Guna untuk terung sambal pun boleh.Selamat mencuba.
Rasanya ini cara tanam pokok kesum paling mudah. Tak payah pasu, polibeg, tanam dalam bekas plastik aiskrim saja. Tak perlu tanah pun, hasilnya tetap hidup segar.
Cara ini dipraktikkan dan dikongsi oleh Rosnah Ramli. Bukan pokok kesum saja, pokok pudina pun boleh tanam kaedah yang sama.
Petua tanam pokok kesum paling mudah, elok segar
Saya nak share petua tanam pokok kesum jadi segar.
1. Tebuk penutup bekas, saiz sebesar batang kesum (boleh guna hujung pisau yang dipanaskan dulu dengan api dapur).
2. Ambil batang pokok kesum, petik semua daun tinggalkan batang saja. Kemudian cucuk masuk pada lubang penutup tadi.
3. Dalam bekas plastik, masukkan air dan campurkan dengan baja AB. Kuantiti boleh letak setengah penutup mineral setiap satu baja.
4. Letak semula penutup yang dah ada batang kesum tadi atasnya. Tutup bekas.
5. Letak di tempat redup (tepi rumah, tepi dapur) Tak perlu siram dah.
7. Biarkan saja batang pokok kesum berakar, bercambah daun dalam bekas. Boleh juga kalau nak alih ke tanah cuma perlu potong penutup.
6. Jika air dah gelap boleh ganti air dan baru. Baja adalah ‘makanan’ pokok kalau tiada makanan lambatlah ia membesar.
Ini pula pokok pudina, usia dalam 2 minggu. Boleh juga tanam kaedah yang sama.
Bagi wanita berhijab, koleksi tudung memang selalunya banyak. Jadi dilema nak susun dan menyimpannya.
Jika nak koleksi tudung ini tersusun dan kemas boleh buat sendiri almari khas untuk hijab. Seperti yang dilakukan oleh Shafiq Abdul Hamid sebab caranya tak susah mana.
1. Sediakan paip PVC, potong enam inci setiap satu. Boleh dapat dapat 70 buah. Kos lebih kurang RM76.
2. Papan lapis 12mm untuk buat almari, yang ini menggunakan plywood sedia ada. Jika beli almari kos dalam RM65. Ukur dan potong, pintu dan almari disatukan guna gam dan skru.
3. Enam buah engsel untuk pintu, kos RM9.
4. Pemegang pintu, dua buah. Kos RM4.
5. Supaya almari nampak lebih menyerlah, guna syelek. Untuk 1 liter kos dalam RM20.
Selain sandwic sardin, roti sardin goreng ini juga antara menu selalu kita makan waktu pagi dan petang juga. Dapat pula roti yang rangup lagi sedap makan.
Cuma bila kita buat sendiri jarang dapat hasil roti sardin goreng yang rangup terutama bila dah sejuk.
Sebenarnya untuk dapat hasil roti sardin yang rangup ada satu bahan yang perlu kita masukkan. Tip dikongsi oleh Cahaya Kasih Firdausi yang mengambil tempahan membuat roti sardin goreng ini.
Ujarnya untuk pastikan roti goreng rangup rahsianya adalah kena letak perahan air limau. Boleh ikut resipi lengkap yang dikongsi oleh beliau.Turut dikongsi cara supaya roti sardin tak serap minyak bila digoreng.
Tip buat roti sardin goreng rangup & tak serap minyak
Bahan untuk sardin
Sardin dalam tin
Bawang merah
Cili padi
Gula sedikit
Garam sedikit
Serbuk perasa sedap Maggi
Roti keping
Bahan untuk bancuhan tepung rangup
Tepung gandum (nak guna tepung lain pun boleh)
Sedikit perahan air limau
Serbuk kunyit
*Kuantiti bahan ikut kesesuaian
Cara membuat:
1. Hancurkan sardin dalam tin dan gaul rata. Kemudian tumis dengan sedikit minyak hingga bawang layu. Ketepikan.
2. Untuk bancuhan tepung, bancuh tepung dengan air secukupnya. Jangan terlalu cair. Kemudian perah air limau sedikit saja. Inilah rahsia untuk jadikan roti rangup. Jika nak warna kekuningan, letak serbuk kunyit sedikit.
3. Isi sardin dalam roti dan lipat dua. Letakkan bancuhan tepung cair di tepi roti supaya melekat dan tak terbuka. Roti tak perlu lenyek atau kukus ya.
4. Panaskan minyak, biar hinga betul betul panas. Kemudian celup roti dalam bancuhan tepung dan terus goreng. Goreng hingga garing. Angkat dan tos.
Roti yang digoreng dengan minyak yang betul-betul panas tidak akan meresap minyak. Siap!
Masalah siling atau dinding 'leaking' di kediaman bertingkat memang boleh berpanjangan malah mampu mencetuskan konflik.Mana tidaknya kediaman kita dah cantik di deko tapi dek...