Step By Step Buat Agar-Agar Pandan Santan Yang Sedap. Mudah Sangat, Confirm Menjadi Punya!

Share

Kalau nak buat kuih untuk berbuka puasa yang mudah, agar-agar pandan santan ini boleh masuk list. Dah lah senang, sedap pulak.

Boleh saja buat walau tak berapa pandai memasak. Supaya agar-agar menjadi elok, sedap berlemak boleh ikut langkah demi langkah yang dikongsi oleh guru masakan Mr.Ali.

Step by step buat agar-agar pandan santan yang sedap berlemak

Bahan – bahan :

12 gram agar agar tali
4 cawan air
4-5 helai daun pandan
200ml santan
1 biji telur
125 gram gula / setengah cawan gula ( resipi ini saya kurangkan gula, kalau nak manis boleh lebihkan okay)
Loyang 8 inci

Cara membuat:

1. Kisar 4-5 daun pandan bersama 1 cawan air. Dah siap blend tapis. 

Air pandan yang siap ditapis

2. Kacau sebati santan dan telur. Pakai santan Kara, elok berlemak. Nak sebatikan pakai blender pun boleh. Hasil jadi lagi halus. Saya pakai tangan saja.

3. Masukkan air dan agar-agar tali. Biarkan mendidih.

4. Masukkan air pandan bersama gula, pewarna hijau.

5. Masukkan santan. Kacau sebati supaya tak bergumpal.

6. Dah sebati biarkan mendidih atas api beberapa minit. Bila nampak dah terpisah santan dan air, tutup api.

7. Masukkan dalam loyang. Biarkan pada suhu bilik 30-40 minit dulu baru sejukan dalam peti selama 2 jam.

Dah siap. Best tau sebagai pencuci mulut.

Boleh juga tonton video di bawah

@resepialiResepi mudah Agar- Agar Pandan Santan. Boleh buat pencuci mulut berbuka puasa nanti ♥️♬ bunyi asal – Nama Saya Ali 🧔

Selamat mencuba.

Sumber: Mr.Ali.

 

IKLAN