Cara Buat Kari Ayam Kentang Rasa Makin Sedap, Ayam Goreng Dulu

Share

Kari ayam antara hidangan yang selalu kita buat di rumah. Kesukaan ramai juga. Ada macam-macam tip untuk masak kari ayam sedap.

Tapi kalau nak buat kari ayam yang pekat, likat boleh ikut perkongsian dari Khabbab Jamalludin ini. Kari ini sesuai sangat untuk cicah dengan roti waktu pagi dan hidang dengan nasi waktu tengah hari. Jadi buat waktu pagi supaya tak perlu masak tengah hari dah! Jimat tenaga.

Langkah demi langkah buat kari ayam kentang yang pekat likat

1. Sediakan bahan-bahan ini ya.

Bahan untuk tumis :
1 biji bawang besar sebiji
1-2 tangkai daun kari
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Serbuk kari
Cili kisar

Bahan lain :
1 batang serai
2 biji tomato
Air

2. Ini dua jenis serbuk kari yang digunakan. Serbuk kari ini campurkan sekali. Tambah air dan gaul sebati sampai jadi pes macam dalam gambar.

3. Gaul ayam dengan serbuk rempah kari, sikit saja asal ada warna kuning. Saya guna ayam saiz besar.

4. Kemudian goreng sekejap. Jangan lama nanti air ayam kering dan rempah akan kurang meresap. Kelebihan lain masak sekejap dan potong kecil kecil adalah supaya bahagian isi tak mengembang dan tawar bila masak lama. Angkat ayam, ketepikan.

5. Gunakan minyak goreng ayam tadi untuk tumis bawang merah yang dihiris sampai kekuningan.

6. Lepas itu boleh masukkan 1 sudu cili kisar.

7. Kemudian masukkan pes serbuk kari tadi. Waktu tumis ini api kena besar. Kemudian perlahan sedikit api bila bunyi desiran pes kari ini mulai hilang dan mula berbuih buih. Perlahankan api untuk bagi rempah pecah minyak.

Tips untuk memudahkan pecah minyak adalah kita gunakan minyak yang banyak. Jangan risau, minyak yang terlebih boleh dikeluarkan sebelum makan nanti.

8. Kemudian tambahkan air, jangan banyak cukup sampai tenggelam potongan ayam saja. Masukkan tomato, serai, dan kentang (saya dah rebus siap siap) dan biarkan masak dalam api sederhana besar. Kacau bila perlu. Bila kuah dah sebati, tambahkan garam dan gula (saya pakai gula melaka).

Siap! Boleh makan dengan roti dan nasi.

Selamat mencuba

Sumber: Khabbab Jamalludin

IKLAN