Step By Step Buat Kuetiau Ladna Homemade. Rasa Lagi Sedap, Bahan Boleh Letak Apa Yang Kita Suka

Share

Waktu malam atau petang ramai yang tak nak makan nasi. Tapi dilemanya tak tahu nak masak apa. Kalau macam tu boleh cuba kuetiau ladna perkongsian Ameera ini.

Menu ini selalu kita makan di gerai atau restoren hidang masakan panas, kali ini kita buat sendiri di rumah, homemade. Rasa lagi sedap sebab boleh letak bahan ikut kesukaan kita. Nak letak sotong, ayam udang, sayur penuh pinggan pun ikut suka!

Step by step buat kuetiau ladna

1.Kuetiau 1 peket. Basuh dulu ya.

2. Gaul kuetiau dengan kicap lemak manis.

3. Ambil kuali letak sikit je minyak masak. Masakkan sekejap kuetiau tadi. Ketepikan

4. Tumis bawang putih dan bawang besar merah. Tumis sehingga layu.

5. Masukkan udang. Ini adalah pilihan memasing. Nak masuk ayam ke sotong ke sukati. Nak masuk semua pun boleh.

6. Masukkan air. Jangan banyak, agak agak dalam 3 atau 4 cawan.

7. Kiub ayam 1 ketul.

8. Sos tiram 2 sudu makan.

9. Masukkan lobak, jagung muda, kobis dan sawi yang dipotong. Gaul.

10. Masukkan telur 2 biji. Sebaiknya pecah dalam bekas lain dahulu takut pecah pecah telur busuk. Tunggu sampai telur masak.

11. Masukkan tepung jagung 2 sudu makan. Letak air sikit, bancuh ya. Gaul rata sehingga pekat kuah.

12. Dah siap tuangkan ke dalam ketiaw tadi. Siram kan.

 

Nak lagi best, makan dengan cili potong.

IKLAN