Step By Step Buat Sawi Jeruk, Guna 3 Bahan Saja. Dijamin Bersih Tak Ragu Nak Makan

Share

Jeruk sawi ini ramai peminatnya tapi bila rasa nak makan kita beli saja. Cuma bila nak beli ramai juga yang was was kerana memikirkan tahap kebersihan sewaktu penghasilannya.

Kalau selalu ragu-ragu nak beli, apa kata kita buat saja sendiri sawi jeruk ini. Caranya ada dikongsi oleh Aishah Ismail.

Step by step buat sendiri sawi jeruk

Jeruk sawi buat sendiri. Boleh guna untuk masak asam pedas, masak lemak atau campur ikan. Memang sedap. Ini step by step, insya-Allah lepas ni tak perlu beli. Kita tak tahu tahap kebersihannya.

1. Ini sawi kai choy yang digunakan. Cuci bersih tos dulu.

2. Sebelum itu saya sediakan air basuhan beras (pagi masak nasi air beras saya ambil masuk bekas). Simpan air basuhan yang kedua.

3. Sawi tadi jemur bawah cahaya matahari. Kena balik-balikkan supaya serata layu.

4. Kemudian ramas sawi dalam bekas bersama 2 atau 3 genggam garam kasar.

5. Gaul rata sambil ramas sawi. Garam tak perlu cuci terus masuk semua dalam botol nanti.

6. Selepas semua kena garam, sawi jadi kecut begini.

7. Masuk sawi dalam botol dan tuang air beras tadi.

8. Masukkan sedikit kunyit serbuk. Tutup dan simpan atas meja selama 10-14 hari. Air tak perlu tukar, biarkan saja cuma 2 hari sekali kena balik-balikkan sawi yang di atas alih ke bawah agar jeruk tu akan jadi serata warnanya.

9. Hari yang ke 11.

10. Bila dah 14 hari tapis dan buang airnya. Masuk sawi dalam bekas dan simpan dalam peti ais supaya tahan lama.

Sawi jeruk ini sedap masak asam pedas atau masak lemak cili padi.

INFO

Boleh juga simpas terus dalam peti ais dengan botol dan airnya sekali supaya tahan lebih lama, tak lembik dan berkulat.

Selamat mencuba.

Sumber: Aishah Ismail.

IKLAN