Step By Step Buat Sendiri Roti Canai Di Rumah, Rasanya Macam Makan Kedai Mamak

Share

 

Ramai yang rindu nak makan roti canai kat kedai mamak kan. So apa kata petang ni kita buat jer lah sendiri di rumah. Boleh jadi aktiviti isi masa dengan anak-anak juga. Buat pulak waktu petang memang meriah.

Kalau teringin boleh ikut langkah yang dikongsi Normarliana Abu Bakar ini ya. Katanya makan roti canai ni panas-panas dengan anak-anak memang terbaik.

Bahan-bahan

  • Tepung gandum 4 cawan
  • Telur sebiji
  • Gula sesudu makan
  • Air secawan
    Garam setengah sudu kecil
  • Minyak masak secukupnya untuk merendam dan menggoreng

Step by step

1. Mula-mula campurkan tepung, gula dan garam

Kemudian masukkan telur dan air. Uli hingga doh tak melekat (saya uli lebih kurang 20 minit). Kalau uli tangan gunakan air suam. Kalau uli mesin guna air sejuk.

2. Bahagikan doh kepada bahagian kecil

Saya bahagi kepada 12 biji bola semuanya, ikut suka korang kalau anak 10 buat kecil kalau anak 2 buatlah besar biar cepat siap.

3. Susun dalam bekas yang diisi minyak masak.

Pastikan tepung terendam dalam minyak dan peram lebih kurang 2 jam.
Soalan : guna majerin boleh?
Jawapan : ikut suka hati. Tapi saya tak pernah buat.

4. Selepas dua jam, siapkan lokasi menebar.

Dulang besar yang ditenggek atas baldi. Dulang kecil untuk letak roti canai.

5. Ambil satu bola tepung tu dan penyekkan macam dalam gambar.

Biarkan dalam 3 atau 4 minit barulah mula menebar. Proses rehat 3 atau 4 minit ini memudahkan kita menebar dan tepung jadi lebih lembut.

6. Mula menebar tepung menjadi bulatan lebih besar.

Kemudian tarik tepung perlahan – lahan. Buat kena sabar, tarik mahu halus.

7. Tebar sampai penuh sedulang.

Kalau betul cara tebar dia molek je tak berlubang koyak macam roti kirai.


8. Lipat sisi pertama, lipatan kedua.

9. Lipatan ketiga dan keempat. Cantik menarik tertarik.

10. Roti canai digoreng dengan gembira. Panas siap berkepul.

Kau mahu roti kosong ke sardin ke telur tampal telur bawang? Up to u.

Selamat berjaya!

Sumber: Normarliana Abu Bakar

IKLAN