Step By Step Buat Tauhu Sendiri, Tak Ragu-ragu Lagi Bila Nak Makan

Share

 

Suka makan tauhu tapi ramai yang ragu-ragu nak membelinya. Terutama sekali bila ingat perihal kebersihan sewaktu penghasilan tauhu ini.

Kalau selalu rasa begini, ada baiknya kita buat sendiri saja tauhu. Puas hati dan tak ragu-ragu lagi nak makan. Bagi yang nak cuba boleh ikut langkah demi langkah yang dikongsi oleh Kak Zai

Cara buat tauhu

1. Rendam 1 kg kacang soya semalaman. Kisar kemudian tapis gunakan kain.

2. Masak air kacang soya yang sudah ditapis tadi hingga mendidih. Masukkan cuka makan anggaran satu senduk gulai untuk 1kg kacang soya, kemudian kacau. Biarkan seketika tunggu sampai jadi berketul ketul atau naik berkeladak.

3.  Sediakan bekas, saya guna raga plastik yang dialaskan dengan kain yg diguna utk tapis air soya tadi. Sauk tauhu yang berketul dengan senduk berlubang sampai habis dimasukkan dalam raga tadi.

4. Selepas penuh raga dengan ketulan tahu tadi, lipat kain kiri/kanan.

5. Ambil papan pemotong sayur lalu tindih atas permukaan tauhu. Letak pula lesung batu di atasnya untuk memampatkan tauhu.

6. Pastikan bahan tindihan tidak terlalu berat, supaya isi tauhu tak keras. Tapi ringan sangat pun tak boleh, nanti tauhu ringan dan senang hancur bila dipotong.

7. Bila tauhu dah sejuk, potong dan letak dalam air. Sedia untuk digoreng atau dijadikan hidangan ikut cita rasa.

Selamat mencuba!

Sumber: Kak Zai via Masak Apa Hari Ni

IKLAN