Step By Step Buat Wet Food Jika Pelihara Banyak ‘Anak Bulus’. Berkhasiat & Jimat!

Share

 

Bagi yang memelihara anak bulus atau kucing, memang wajib ada stok makanan kucing. Kalau pelihara seekor dua mungkin tak jadi masalah nak beli. Kosnya mungkin taklah setinggi mana.

Tapi kalau banyak anak bulu di rumah, kita mungkin pertimbangkan buat sendiri makanan kucing atau wet food. Selain guna bahan berkhasiat ia juga menjimatkan.

Bahan-bahan

  • Sekilo ikan sardin atau lain-lain jenis ikan
  • 2 batang lobak merah (potong kecil)
  • Secekak kecil bayam ataupun labu (ikut anggaran sendiri)
  • Agar-agar tali (setengah plastik utk sekilo ikan)

Cara membuat:

1. Rebus ikan smpai masak. Tak perlu siang, letak semua dalam kuali dgn air yg bersih. Kalau nak siang lebih elok sebab lagi bersih.

2. Selepas ikan sejuk, cabut kepala & buang tulang tengah ikan. Masukkan dalam pengisar bersama lobak dan bayam. Kisar hingga hancur.

3. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar dalam kuali, masukkan sedikit air bersama agar-agar tadi. Kacau sampai agar-agar hancur. Kemudian tutup api.

4. Sejukkan kemudian masukkan dalam bekas. Boleh letak dalam peti ais tapi bukan simpan dalam freezer.

Selain berkhasiat, wetfood ini juga menjimatkan. Sekali makan tiga sudu saja.

Sumber: Dino Morissette

 

IKLAN