Step By Step Hias Kereta Pengantin. Mudah Saja Rupanya!

Share

 

Minggu cuti sekolah ni ramai pasangan yang melangsungkan majlis kahwin. Kalau nak kehadiran rombongan pengantin ke majlis lebih menyerlah dan meriah mungkin boleh hiaskan sedikit kereta.

Caranya boleh ikut tutorial yang dikongsi oleh BK Kayangan. Macam senang jer dan boleh buat sendiri.

Barang-barang yang diperlukan

  • Kain net 2 color (7-8 meter kalau nak buat deco depan & belakang)
  • Reben
  • Polisterin bulat
  • Bunga
  • Glue gun dan glue stick
  • Gunting

Step by step hias kereta pengantin

Ok, sekarang boleh mula menghias ikut cara ini:

1. Mula-mula potong kain net jarak dari bahagian depan kereta hingga ke side mirror. Kemudian potong 2 secara memanjang. Jadi akan dapat dua helai warna mint green, dua helai warna pink.

2. Kemudian bunjut bahagian hujung net dan ikat dengan reben. Ulang kaedah yang sama pada net yang lagi 2 helai.

3. Cantum kedua-dua bahagian yang dah dibunjut tadi.

4. Kemudian letak pada bonet depan kereta untuk adjust kedudukan dan jarak kiri kanan.

5. Seterusnya ikat bahagian kain yang dah dibunjut ke grill kereta menggunakan reben.

6. Kemaskan kain net yang lebih tadi dan ikat pada pangkal side mirror dengan menggunakan reben. Potong bahagian kain net yang lebih.

7. Bila dah siap ikat, akan jadi macam dalam gambar.

8. Kemudian potong lagi kain net ukuran dalam 2-3 jengkal.

9. Bunjut bahagian tengah dan ikat dengan reben.

10. Seterusnya ikat pada bahagian tengah reben yang dah dibunjut awal-awal tadi.

11. Untuk bunga pulak, tebuk lubang untuk masukkan reben seperti dalam gambar.

12. Kemudian cucuk bunga pada polisterin tadi. Guna glue gun untuk lekatkan bunga pada polisterin supaya tak mudah tercabut ditiup angin.

13. Bila dah penuh akan jadi dalam gambar.

14. Seterusnya ikat reben yang ada pada polisterin tadi di tengah-tengah kain net.

15. Untuk kemasan boleh letak reben gebu pada side mirror.

16. Letak juga pada pembuka pintu.

17. Siap dah deco kreta pengantin kita!

Selamat mencuba!

Sumber: BK Kayangan

 

IKLAN