Step By Step Masak Kari Ikan Untuk Yang Belum Pandai Menggulai

Share

Selalu makan tapi tak semua pandai masak kari ikan. Bagi yang baru nak belajar boleh ikut perkongsian Niza Zaini ini ya.

“Dalam ramai-ramai mungkin ada juga yang tak berapa pandai nak buat kari ikan kan? Macam saya muda-muda dulu memang tak pandai nak masak kari. Jadi saya kongsikan di sini cara saya menggulai kari ikan.”

Ini Bahan-bahan yang digunakan

Step by step masak kari

1. Panaskan minyak secukupnya, masukkan hirisan bawang merah dan putih serta halba campur.

2. Bila agak kuning masukkan daun kari berserta tangkainya. Katanya aroma lagi umphh…

3. Masukkan tomato yang dibelah 4. Kacau hingga tomato layu.

4. Bila tomato dah layu masukkan rempah ikan dalam 3 paket kecil (saya selalu guna cap O dan Babas). Sukatan ini untuk seekor ikan merah yg sederhana besar.

5. Bila dah letak rempah terus letak air. Kalau lambat nanti hangus rempah tu, warna pun tak cantik.

6. Masukkan bawang putih kisar dalam 4 ulas (boleh kurangkan).

7. Masukkan air asam jawa sikit-sikit nanti terlebih masam dan jangan terlalu pekat nanti terlebih masam tak sedap.

8. Masukkan serbuk cili dalam 2 sudu penuh. Kemudian masukkan 1 sudu kecil serbuk kunyit.

9. Untuk sayur, kebiasaannya letak bendi, terung atau tomato hijau tapi disebabkan tiada sayur itu saya letak ubi kentang sebagai ganti. Pun sedap.

10. Bila kentang dah empuk, kari pun dah pecah minyak cantik, letak garam, sedikit gula (sedikit sahaja),sedikit serbuk perasa/secukup rasa. Kemudian masukkan ikan serta beberapa tangkai cili padi/cili hidup. Ikan boleh letak ikan yang disukai.

Masak hingga ikan masak. Ok dah siap.

Selamat mencuba.

Sumber: Niza Zaini

IKLAN