Step By Step Mudah Tanam Pokok Tembikai Tepi Rumah, 2 Bulan Boleh Makan Hasilnya

Share

 

Tengok tembikai merah dan kuning menyerlah macam ni memang menggiurkan. Lagi puas hati kalau tembikai yang dimakan tu tanam sendiri.

Kalau nak tahu tanam tembikai ini tak lah susah. Paling best dua bulan lepas tanam dah boleh makan.

Cara nak tanam boleh rujuk tutorial yang dikongsi oleh Asrul Achoi.

Tutorial tanam tembikai

1. Ambil biji tembikai, bersihkan.

2. Lapik tisu dalam dulang kemudian tabur biji tembikai tadi. Tutup dengan tisu. Basahkan tisu dan biarkan. Boleh letak atas meja saja.

3. Perhatikan setiap hari kalau tidur kering, renjis dengan air supaya tisu lembap semula. Ulang proses ini sampai biji tembikai tadi keluarkan tunas dalam 6-7 hari.

4. Bila dah keluarkan tunas boleh alihkan ke tapak semaian.

5. Saya gunakan rumput laman yang dipotong untuk suburkan tanah, biarkan ia reput.

6. Bila pokok tembikai dah naik, saya ikat dengan tali sebagai sokongan supaya pokok tidak patah akibat dipukul angin.

7. Bila dah berbuah, buang bunga supaya semua zat akan pergi kepada buah. sebaiknya juga dalam sepokok tinggalkan dua biji buah barulah segala zat akan ke buah. jadi buah akan lebih besar.

8. Sebulan selepas ditanam buah akan mula berputik. Dua bulan selepas ditanam, boleh tuai hasilnya.

Tip petik buah tembikai

  • Nak tahu buah sudah boleh dipetik boleh lihat pada buah ada bebenang yang berpintal.

  • Apabila bebenang dah bertukar warna dari hijau muda kepada coklat tua tandanya buah dah sedia dipetik.

  • Selepas petik peram dalam 2-3hari barulah tembikai lebih manis

Selamat mencuba!

Sumber: Asrul Achoi

Artikel berkait:

4 Cara Nak Pilih Tembikai Yang Manis Rasanya

IKLAN