Suami Ini Kongsi Menu Berpantang Yang Dimasak Setiap Hari Untuk Isteri Selama 44 Hari

Share

 

Suami jenis ini rare, 44 hari isteri berpantang lepas bersalin selama 44 hari itulah dia memasak untuk si isteri.

Bukan saja memasak hidangan berpantang, Shahrul Nizam juga menjaga dua anak dan menyelesaikan urusan rumah tangga yang lain.

Hebatkan! Biasanya tugas macam ini sama ada dilakukan oleh ibu sendiri, ibu mentua tak pun pembantu rumah.

Menariknya Shahrul yang bekerja sendiri dari rumah juga berkongsi menu berpantang yang dimasak untuk isteri, Maisarah Hamzah. Simple saja menunya dan nampak sedap!

Berikut antara menu yang disediakan selama 44 hari isterinya berpantang. Suami lain pun boleh ikut panduan ini! Tak mustahil, sebab lelaki ini sudah membuktikannya!

Ikan tenggiri kukus, kerabu pegaga ikan selar, epal merah
Sup ikan bawal, ikan bilis goreng daun kari ulam raja, kurma & oren sunkist
Ikan gelama masak asam, kerabu peria, epal, anggur
Ayam bakar, kerabu pegaga, bawang putih bakar, oren
Ayam masak halia, kerabu peria, oren
Ayam bakar, kari daging tanpa santan, ulam peria
Sup ikan merah, ayam bakar, nutella oat crumb
Ikan selar bakar, ikan bilis berempah, lobak putih masak air lada hitam, anggur hitam
Ikan selar bakar, kerabu pegaga & peria
Ikan gelama masak asam, ayam pandan
Tenggiri bakar, ikan bilis goreng, sawi lobak masak air
Sup ikan bawal, ulam raja, kurma, epal
Nasi ulam, daging bakar, ayam bakar

Untuk resepi selebihnya anda boleh klik Facebook Shahrul Nizam. Selamat mencuba

 

 

 

IKLAN